Nufayr ibn Malik (?–80 H./?–699 M.) ulama
hadith. Nama sebenarnya ialah al-Imam al-Kabir
Nufayr ibn Malik ibn Amir Abu Abd al-Rahman al-
Hadramiy al-Himsiy. Dia sempat mengenali
Rasulullah s.a.w. dan mengunjungi Baginda seperti
yang disebut oleh Ibn al-Athir. Dia meriwayatkan
hadith daripada Abu Bakar (dipercayai
kemungkinan dia pernah berjumpa dengan Abu
Bakar), ‘Umar, al-Miqdad, Abu Dhar, Abu Darda,
Aishah dan sahabat-sahabat lain. Hadith-hadith
Nufayr ibn Malik diriwayatkan pula oleh anaknya
Abd al-Rahman, Makhul, Khalid ibn Mi dan
beberapa orang lagi. Dia tergolong dalam kalangan
ulama hadith yang pakar. Hadithnya terdapat dalam
semua kitab hadith kecuali kitab Sahih al-Bukhariy .
Ini adalah kerana Nufayr ibn Malik meriwayatkan
hadith daripada sahabat-sahabat tanpa berjumpa
dengan mereka, sedangkan al-Bukhariy tidak
menerima sesuatu hadith kecuali guru yang
meriwayatkan hadith berjumpa sendiri dengan
perawinya. Nufayar ibn Malik dikatakan meninggal
dunia pada tahun 75 H.