Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.gran] | ميݢرن

Definisi : orang (atau haiwan) yg berpindah dr satu tempat (daerah, negara) ke tempat lain, penghijrah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata migran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah lebih tepat. Pendatang wanita asing atau pendatang asing wanita atau migran wanita asing. Contoh ; Lambakan migran wanita asing dalam sektor perniagaan semakin meruncing.Frasa yang betul ialah pendatang asing wanita atau migran asing wanita.  Tatabahasa15.03.2016
Antara penghijrah dan pehijrah, yang manakah yang betul? Kamus Dewan mempunyai entri pehijrah, manakala di bawah entri migran, ada perkataan penghijrah. Adakah terdapat apa-apa perbezaan antara dua perkataan ini?

Sdr Lim,

Untuk makluman sdr kedua-dua kata “penghijrahan” dan “pehijrah” mempunyai maksud yang sama, iaitu perihal orang yang berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.  Kedua-dua kata ini ditambah imbuhan peng-...-an dan pe-. Manakala kata “migran” juga menggambarkan orang yang berpindah.  Perbezaan yang ketara dalam kata ini, iaitu “hijrah” berasal daripada kata bahasa Arab dan “migran” berasal daripada bahasa Inggeris.

Tatabahasa25.06.2009
yang manakah digunakan secara rasmi, buruh asing atau pekerja asing? apakah maksud migran dalam konteks pekerja/buruh asing?Kedua-duanya digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa18.11.2008

Kembali ke atas