Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.hun] | ميهون

Definisi : 1. sj bahan makanan spt mi yg halus-­halus (diperbuat drpd tepung beras); 2. ma­sakan drpd mihun: ~ goreng; ~ sup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.hun] | ميهون

Definisi : makanan yg dibuat drpd tepung beras yg bentuknya halus panjang (lebih halus drpd laksa): ~ goreng; ~ sup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mihun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
antara mihun degan bihun, ejaan mana yang betul? bolehkah kita mulakan ayat dengan Sebagai contohnya/Conthnya ?
Mihun ialah makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa).
Bihun ialah sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, kedua-dua ejaannya betul. Sebagai contohnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat manakala contohnya boleh digunakan pada permulaan ayat tetapi perlu ada kesinambungan daripada ayat sebelumnya.

Lain-lain27.08.2015
bihun atau mihun?Perkataan manakah yang betul?Ejaan yang betul ialah mihun, iaitu sejenis bahan makanan seperti mi yang halus (diperbuat daripada tepung beras).

Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat.
Ejaan16.05.2020
bihun= sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. mihun= makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa): ~ goreng; ~ sup. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, adakah kedua-duanya boleh digunakan?Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa11.05.2010
Salam sejahtera, tuan. Ejaan bihun atau mihun betul? Kedua-dua patah perkataan ini terdapat dalam https://prpm.dbp.gov.my/ Terima kasih.kedua-dua perkataan betul dan boleh digunakan. Bihun dan mihun ialah sejenis bahan makanan seperti mi yang halus (diperbuat daripada tepung beras).Ejaan06.03.2021
apakah maksud mengucapkan syukur? mengapakah kata mengucap syukur salah? mihun yang betul atau bihun?

Mengucap syukur betul dari segi tatabahasa. Kedua-duanya betul bermaksud mi yang halus.

Tatabahasa05.08.2010
Saya mencari terjemahan Bahasa Inggeris untuk perkataan mee/mi (yang merujuk kepada mi kuning). Dalam kamus online BM-BI hanya ada perkataan mihun = noodle (yang merujuk kepada mi halus berwarna putih yang diperbuat daripada tepung beras). Mohon bantuan.Dalam pangkalan data kami pula, noodle bermaksud seperti yang berikut:

Bahan makanan yang berupa jalur-jalur kasar dan panjang, biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain.
Oleh yang demikian, noodle juga merujuk kepada mi kuning.
Makna14.08.2017

Kembali ke atas