Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Pr kata ganti diri kedua, engkau, kamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (Kim) sj galian spt kaca yg boleh digunakan sbg pembebat (elektrik), semen-dal, abrak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahan galian spt kaca yg biasa digunakan utk membebat aliran elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mika


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIKA

Mika ialah nama sekumpulan mineral yang

mengandungi atom aluminium, oksigen dan

silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper.

Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia

membelah dengan licin kepingan atau lapisan

menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh,

mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak

berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau

ungu.

UMUM 
SILIKA

Silika ialah silikon dioksida, iaitu sebatian kimia

yang terdiri daripada silikon dan oksigen. Formula

kimianya ialah SiO². Silika wujud banyak dalam

mineral pembentuk batu-batu yang dikenali sebagai

silikat, yang membentuk sebahagian besar daripada

kerak bumi dan mantel (lihat Bumi [Bahagian luar dan

bahagian dalam bumi]). Silikat seperti amfibol,

feldspar, mika, dan piroksen terdiri daripada silika

yang berpadu dengan pelbagai unsur kimia. Kuarza

dan beberapa mineral lain terdiri daripada

keseluruhannya silika.

UMUM 

Kembali ke atas