Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mik.ro.ton] | ميکروتون

Definisi : (Muz) jeda yg lebih kecil drpd semiton. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikroton


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
microtonemikrotonKesenianTiadaJeda yang lebih kecil daripada semiton.
srutisrutiMuzikTiada

Jeda mikroton dalam sesuatu raga Hindustani. Mengikut bahan literasi India, satu oktaf dibahagikan kepada 22 sruti.

maqammaqamMuzikTiada

 Sistem mod melodi dalam muzik Arab. Sistem mod ini merangkumi konsep motif atau formula melodi, formula kadens, hierarki pic, jeda mikroton serta konsep tetrakord. Not skel menaik kadangkala berbeza dengan not skel menu-run. Maqam menggunakan jeda pic seperti 1, xh, M,dan 5A ton. Sistem maqam di Arab sama dengan dastgah di Iran, naghmah di Mesir, taba di Afrika Utara dan makam di Turki. Sinonim maqamat. Lihat juga taba, gusheh.

koronkoronMuzikTiada

 Simbol ( p> ) yang melambangkan mikroton 1/4 ton rendah daripada pic yang dinotasikan dalam muzik Iran. Lihat juga dastgah.

tabatabaMuzikTiada

Sistem mod melodi dalam muzik Afrika Utara. Sistem taba merangkumi konsep motif atau formula melodi, formula kadens, hierarki pic, jeda mikroton dan juga konsep tetrakord. Sistem taba sama dengan sistem mod maqam di Arab, dastgah di Iran, naghmah di Mesir dan makam di Turki.

naghmahnaghmahMuzikTiada

 Sistem mod melodi muzik Mesir. Sistem mod ini merangkumi motif atau formula melodi, formula kadens, hierarki pic, jeda mikroton serta konsep tetrakord. Sistem naghmah sama dengan sistem maqam di Arab, dastgah di Iran dan taba di Afrika Utara. Lihat juga maqam, taba, gusheh.

twentieth century musicmuzik abad ke-20MuzikTiada

 Zaman muzik pada abad ke-20 yang merangkumi gaya impresionisme, nasionalisme, ekspresionisme, atonal, muzik dodekafon, neoklasisme, serialisme, muzik aleatori, musique concrete, muzik mikroton, total serialisme, minimalisme dan muzik berintegrasi teknologi komputer. Muzik abad ke-20 biasanya melibatkan pengaruh muzik rakyat dan estetik seni muzik dunia seperti Asia dan Afrika. Alat bukan muzik seperti mesin taip, siren dan penjana elektrik digunakan oleh komposer untuk menghasilkan bunyi dalam gubahan mereka. Debussy, Stravinsky, Schoenberg, Berg, Webern, George Crumb, John Cage, Steve Reich, Takemitzu dan Ligheti adalah antara komposer abad ke-20 yang terkemuka.

 

nokannokanMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Nokan diperbuat daripada tiub buluh yang berbentuk silinder dan mempunyai tujuh lubang jari. Alat muzik ini ditiup pada sisi dengan nafas yang kuat daripada mulut untuk menghasilkan kualiti bunyi yang nyaring dan tajam. No-kan menghasilkan pic tertentu dan mikroton. Alat muzik ini memainkan melodi dalam ensembel teater tradisional Jepun, iaitu teater noh dan kabuki. Pembuatan flut ini berhubung kait dengan flut ryuteki yang dimainkan dalam orkestra gagaku.


Kembali ke atas