Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
milik (kata nama)
Bersinonim dengan kepunyaan, hak;,
Kata Terbitan : memiliki, pemilik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekolah kami mengadakan Hari Sukan peringkat sekolah. Bolehkah pihak tuan mempasifkan ayat ini? Adakah subjeknya dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama mahupun Ketiga? Jika pihak tuan menggunakan contoh "adik saya" ataupun "pensel saya", sudah tentu subjeknya ialah Kata Ganti Nama Diri Ketiga.... tetapi.... Contoh "adik saya" dan "pensel saya" yang telah saya berikan memberikan tanggapan sebagai kepunyaan atau milik seseorang dan tidak termasuk orang itu sendiri. Tetapi dalam konteks "sekolah kami", subjeknya memberikan tanggapan sebagai pasukan seseorang yang menjadikan orang itu sebahagian daripadanya. Contohya, "keluarga saya" serta "pasukan saya" memberitahu kita bahawa "saya" merupakan sebahagian daripada pasukannya. Oleh itu, bukankah "sekolah kami", mahupun "keluarga saya", mahupun "pasukan saya" dikategorikan sebagai Kata Ganti Nama Diri Pertama?

Ayat pasif bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Hari Sukan peringkat sekolah diadakan oleh sekolah kami”. Subjek dalam ayat tersebut bukan kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri ketiga, sebaliknya kata nama.

Kata ganti nama diri orang merupakan kata ganti nama yang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang  tertentu, iaitu:
1. Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita
2. Kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu
3. Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia beliau, mereka, -nya

Tatabahasa07.08.2022
Assalamualaikum tuan/puan, saya ada soalan untuk ditanyakan, dari sudut tatabahasa, adakah boleh kita gunakan kata ganti milik seperti "ku", "nya", "mereka" kepada kata nama khas, misalnya "Siti Nurhalizaku", "Abdul Rahmanku" dll?Kata ganti diri "ku" boleh digunakan bagi nama khas. Frasa "Siti Nur Halizaku", "Abdul Rahmanku" boleh dibentuk. Namun, tiada contoh penggunaannya dalam sumber rujukan kami.Lain-lain11.06.2023
Salam sejahtera! Difahamkan bahawa ku+ingin harus dicantumkan, apabila ku digunakan sebagai awalan bagi kata kerja pasif, contoh "Buku yang kubaca itu milik Zaki". Bagaimana pula jika ia dicantumkan dengan kata kerja aktif? Contoh : "kuingin mainkan muzik itu". Bolehkah ku dicantumkan juga?

Kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Sehubungan dengan itu, frasa “kuingin memainkan muzik” boleh dicantumkan.

Tatabahasa24.11.2020
maksud bahasa jiwa bangsa

Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  Untuk mendapatkan keterangan lanjut, saudara digalakkan membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

Makna09.06.2009
Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, jangan terkalahkan oleh cabaran. Ingatlah, kejayaan sering kali terselindung di sebalik usaha dan ketekunan yang tidak diketahui orang. Tanpa mengira di mana dan pada bila-bila masa, yakinlah kepada kebolehan diri sendiri, pasti kalian dapat mencipta keajaiban yang menjadi milik sendiri. Adakah ucapan ini betul dari segi tatabahasa dan adakah ayat gramatis? Saya bimbang akan kesalahan penggunaan kata dan tatabahasa.Berani mengejar impian, maju dengan penuh semangat, berani menempuh cabaran. Sesungguhnya, kejayaan terselindung di sebalik usaha dan ketekunan. Yakinlah akan kebolehan diri sendiri, pasti kalian akan dapat mencipta keajaiban di sebaliknya.Tatabahasa19.01.2024
Soalan saya, adakah dbp menyimpan tajuk-tajuk kajian yang pernah dibuat oleh sarjana tempatan atau luar terntang syiar bidasari. 2. Adakah syair milik masyarakat melayu tradisonal atau berasal dari arab 3. Bilakah asal kedatangan syair ke malaysia? 4. Adakah syair asal bidasari mempunyai nama pengarangnya yang asal

Untuk makluman saudara, Syair Bidasari telah dikaji secara mendalam oleh Puan Jamilah Hj.Ahmad seorang pegawai penyelidik DBP dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1989.Beliau telah membuat perbandingan naskhah  lima versi Syair Bidasari. Disamping itu Prof.Madya Dr.Hashim Ismail seorang pensyarah dari Universiti Malaya  ada membuat kajian tentang Syair Bidasari yang berjudul Keindahan Syair Bidasari: Dualisme yang Indah. Kajian beliau ini dimuatkan dalam buku Pandangan Semesta Melayu: Syair yang diterbitkan oleh DBP pada tahun  2005.  Saudara juga boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu,Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara tersebut. Antara pegawai yang bertugas yang boleh dihubungi ialah Puan Kamariah Abu Samah ( 03-21481037) atau Puan Fatimah Zahrin( 03-21481044).

Istilah Syair sebenarnya berasal dari Arab atau Parsi tetapi bentuk syair yang wujud dalam kesusasteraan Melayu ialah ciptaan orang Melayu mengikut struktur bahasa Melayu dan cita rasa seni sastera Melayu.  Syair datang atau berkembang ke Malaysia atau ke alam Melayu khususnya sejak kedatangan agama Islam ke Melaka iaitu sekitar abad kelima belas. Syair Bidasari yang asal ( dalam bentuk manuskrip jawi) tidak tertera nama pengarangnya kerana pengarang syair tersebut hanya membahasakan dirinya sebagai "fakir" sebagai tanda merendah diri.

Lain-lain21.07.2010
apa maksud peribahasa Bahasa jiwa bangsa? atau Bahasa menunjukkan bangsa.Bahasa Jiwa Bangsa bukanlah peribahasa tetapi slogan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk makalah yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Makna17.01.2011

Kembali ke atas