Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mim.bar] | منبر

Definisi : 1. Ar sj pentas atau panggung di dlm masjid tempat berkhutbah; 2. Id ruangan (dlm surat khabar dll) tempat melahirkan fikiran atau pendapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mim.bar] | منبر

Definisi : 1 pentas atau panggung di dlm masjid tempat berkhutbah. 2 ruangan dlm akhbar dll yg dipenuhi dgn pendapat drpd pembaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mimbar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah kaedah sebenar menulis dialog dalam dialog. contoh Umar bin Al Khatthab di atas mimbar berkata: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin digapainya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan" ” adakala sehingga tiga lapisan dialog.

Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal (‘…’) digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik (“…”). Contoh: Umar bin Al Khatthab di atas mimbar berkata: “Aku mendengar Rasulullah salla’llahu ‘alaihi wassalam bersabda: ‘Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barang siapa niat hijrahnya kerana dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan’.”

Lain-lain17.10.2022
Tempat orang berucap & meletakkan nota di atasnya adakah dipanggil rostrum?Mengikut Kamus Dewan, maksud rostrum ialah pentas orang berucap, mimbar (jika dlm masjid).Lain-lain04.10.2018
Pada hari sukan , pemenang-pemenang berdiri di atas " podium " untuk menerima pingat. Tempat yang untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga berdiri ialah panggil podium atau perkataan yang lain ? terima kasih..Podium ialah pentas tempat berucap; atau disebut juga mimbar (di dalam masjid).Makna15.06.2010

Kembali ke atas