Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.mi] | ميمي

Definisi : Jw belangkas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mimi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin tanya tentang penggunaan ialah dan adalah bagi ayat berikut. mimi ialah seekor ikan. atau mimi adalah seekor ikan. ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah Mimi ialah seekor ikan. Kata pemeri 'ialah' digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama sesuatu benda, keadaan, pekerjaan, konsep dsbnya.Tatabahasa30.04.2010
Minta tanya. "Rupa-rupanya Mimi ialah seorang tukang jahit." atau "Rupa-rupanya Mimi adalah seorang tukang jahit." Yang manakah betul? Adakah "seorang tukang jahit" merupakan frasa nama, jadi "ialah" lebih sesuai digunakan? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Rupa-rupanya Mimi ialah seorang tukang jahit."Tatabahasa16.02.2016
Ayat yang gramatis ialah "Adik/Mimi minum menggunakan straw". Binaan ayat perlu menggunakan kata kerja yang tepat dengan makna yang terkandung di dalamnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan DBP Oleh itu, Adik/Mimi minum guna straw merupakan ayat yang tidak betul? Adik guna straw minumjuga tidak dapat diterima? Ayat ( Adik minum guna straw ) ini dijumpai di sebuah buku kerja : Belajar Menulis dan saya sendiri beranggapan ayat ( adik guna straw minum) adalah tepat. Harap mendapat penjelasan yang lebih terperinci mengenai masalah tersebut supaya dapat mengajar murid-murid dengan betul. sekian, terima kasih.Perkataan "menggunakan" lebih tepat kerana menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menggunakan didefinisikan sebagai mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya untuk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dengan: dia ~ kesempatan yang baik ini untuk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dengan ~ kuasa elektrik. Tatabahasa19.06.2013
Salam sejahtera, A. Adik guna straw minum. B. Mimi minum guna straw. Antara dua ayat yang dikemukakan, di manakah satu ayat lebih tepat? Mengapa? Sekian, terima kasih. Guru Baharu Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1Ayat yang gramatis ialah "Adik/Mimi minum menggunakan straw". Binaan ayat perlu menggunakan kata kerja yang tepat dengan makna yang terkandung di dalamnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan DBP.Tatabahasa18.06.2013
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih.Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belakaTatabahasa27.03.2012
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Sungguhpun adik bertubuh kecil, dia terangkat meja yang besar itu sehingga banyak orang memujinya. 2. Walaupun cuaca panas, pesawah-pesawah itu terus membanting tulang empat kerat mereka. 3. Abang Mimi seorang yang sangat pendiam manakala/tetapi Mimi seorang yang sangat peramah. 4. Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar dari muntah lembu. 5. Pagi-pagi lagi ibu sudah pergi ke pasar bersama-sama ayah. Terima kasih.

Ayat No. 1, 2, 3, dan 5 yang diberikan adalah betul.

Manakala ayat yang betul bagi No. 4 adalah seperti yang berikut:

Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu.

Tatabahasa27.06.2021
Saya Khomsah Che-ni, belajar di Universiti Fatoni kelas dasar, ingin bertanya DBP, perkataan "Warisan" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? serta contoh dalam ayat"Warisan", kata akar daripada "Waris" yang berasal daripada bahasa Arab. Warisan membawa maksud: 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung untuk suatu urusan warisan; 2. sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata warisan kolonial.Makna22.09.2014
Salam sejahtera. Pertanyaan saya berkaitan tentang penggunaan "nya". Adakah penggunaan nya boleh untuk merujuk kepada haiwan? Sebagai contoh ayat berikut; "Gigi ketam berada di dalam perutnya." Sekiranya tidak boleh digunakan, apakah ayat yang sesuai? Soalan kedua ialah bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "nya". Boleh berikan contoh penggunaan ayat. Sekian, Terima kasih.
  1. Penggunaan -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya boleh digunakan pada manusia. Ayat yang lebih tepat ialah Gigi ketam berada di dalam perut.
  2. Contoh ayat yang menggunakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya ialah, Mimi mengundang Ai Ling dan Kencana datang ke rumahnya.
    Selain sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, perkataan -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda. Contoh ayat seperti yang berikut:
    Kata penekan – Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
    Kata pembenda – Lajunya ialah 100 km sejam.

 Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut.

Tatabahasa26.07.2021

Kembali ke atas