Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.nat] | مينت

Definisi : keinginan (kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu: mereka mendengar cerita orang tua itu dgn penuh ~; berminat menaruh perhatian akan, cende­rung kpd, gemar akan: seluruh dewan penuh sesak dgn mereka yg ~ dlm jurusan siasah negara; meminati menggemari, memerhatikan, meng­inginkan: kumpulan anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh pendeta Barat; peminat orang yg berminat (kpd sesuatu), penggemar: mudah-mudahan buku ini dapat sambutan drpd para ~ kesusasteraan Melayu seluruhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.nat] | مينت

Definisi : kecenderungan atau keinginan kpd sesuatu: ~nya utk belajar sangat kuat. berminat menaruh keinginan; cenderung; gemar. meminati berminat terhadap sesuatu; menggemari sesuatu: Dia sudah lama ~ sukan. peminat orang yg berminat terhadap sesuatu; penggemar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minat (kata nama)
Bersinonim dengan kegemaran, kesukaan, kecenderungan, kecondongan, keghairahan, hobi;,
Kata Terbitan : berminat, meminati, peminat,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
juki Bj Smorang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam.Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih.Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas