Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ming.guan] | ميڠݢوان

Definisi : 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diter­bitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ming.guan] | ميڠݢوان

Definisi : 1 tiap-tiap minggu; seminggu sekali. 2 majalah dll yg terbit sekali seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mingguan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THE BULLETIN

The Bulletin ialah majalah mingguan Australia.

Pada tahun 1890-an, ia menjadi penyokong kuat

Australianisme. Ia mempunyai pengaruh yang amat

penting dalam kesusasteraan Australia. Semasa ia

mula diterbitkan pada tahun 1880, The Bulletin

memberikan tumpuan kepada bidang sosial dan

politik dalam bidang kewartawanan. Ia menyokong

idea Australia bagi orang Australia, menjalankan

kempen bagi persekutuan koloni Australia, dan

mengecam eksploitasi seberang laut terhadap

Australia. Di bawah kepimpinan J.F. Archibald,

pengasas bersama dan editor, The Bulletin

mengasah bakat ramai penulis dan pelukis,

termasuk Henry Lawson dan Banjo Paterson.

UMUM 
UTUSAN PEMUDA

UTUSAN PEMUDA, akhbar mingguan yang mula diterbitkan pada 15 Oktober 1960.  Akhbar yang berharga 15 sen ini bertulisan Rumi dan menggunakan moto “Mingguan Kebangsaan yang Tulen” dan “Pemuda Harapan Bangsa”.  Penerbit dan pencetaknya ialah Utusan Melayu Press Ltd., Kuala Lumpur dan pengurusnya ialah Tengku Hassan Abdul Mutalib.

SASTERAPenerbitan
BELIA

BELIA, majalah mingguan belia (tulisan Jawi) yang diterbitkan di Singapura pada 8 April 1955 oleh Harmy, dan dicetak oleh Al-Ahmadiah Press.

SASTERAKonsep
JAJAHAN MELAYU,

JAJAHAN MELAYU,  akhbar mingguan.  Akhbar ini diterbitkan di Taiping, Perak, pada 4 November 1896 oleh Sayid Abul Hassan bin Burhan yang berasal daripada keturunan Jawi Peranakan.  Sebelum ini, Sayid Abul Hassan menerbitkan akhbar Seri Perak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
MALLARMÉ STÉPHANE

Mallarmé Stéphane (1842–1898) ialah penyair

(pemuisi) dan pengkritik Perancis yang lahir di

Paris. Dia terkenal dengan sajak khayalannya

L’Aprés-midi d’un faune (Petang Seorang Dewa

1876). Selain pertemuan mingguan dengan

sekumpulan penyajak dan artis Eropah di Paris,

Mallarmé hidup terasing daripada masyarakat.

Mallarmé menganggap masyarakat bermusuhan

dengan nilai penyair.

UMUM 
LINGKUNGAN BULAN

LINGKUNGAN BULAN, akhbar mingguan. Akhbar ini diterbitkan pada 30 April 1900 di Pulau Pinang. Pengarang akhbar ini ialah Mohd Ali bin Harun al-Kindi. Akhbar yang diterbitkan pada setiap hari Isnin ini dalam huruf Jawi dan dicap batu. Akhbar ini mempunyai empat halaman dan berukuran 29 cm lebar dan panjangnya 48 cm. Moto akhbar ini ialah ‘Berseteru olehmu dengan orang yang berakal dan jangan bersubahat dengan orang yang jahil’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
WARTA JENAKAWARTA JENAKA, akhbar mingguan terbitan Warta Malaya Press Ltd.  Akhbar ini menjadi cabang kedua kepada akhbar Warta Malaya, di samping Warta Ahad.  Ia mula diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman.  Akhbar ini diterbitkan selepas Warta Ahad mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.  Pengendalian akhbar ini diketuai oleh Abdul Rahim Kajai.   Dia dibantu oleh Hashim Yunos, Ibrahim Mahmud, Ishak Haji Muhammad dan Osman Kelana.SASTERAKarya
BERITA MINGGU

BERITA MINGGU, akhbar  mingguan berbahasa Melayu  yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur.  Akhbar ini adalah sebahagian daripada akhbar  Berita Harian  dan  diterbitkan pada hari Ahad sahaja. Keluaran pertamanya ialah pada 10 Julai 1960, mengandungi lapan halaman dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah.  Akhbar ini  menggunakan tulisan Rumi. Dalam keluarannya yang terawal, akhbar ini memuatkan berbagai-bagai berita termasuklah iklan, rencana umum, sastera, filem, sukan dan berita semasa.

SASTERAKitab
SOENTING MELAJOE

SOENTING MELAJOE, akhbar mingguan wanita pertama diterbitkan di Sumatera Barat, Indonesia.  Akhbar ini mula terbit pada 10 Januari 1912 di Padang.  Penerbit dan pencetaknya ialah Snelpersdrukkerij Orang Alam Minangkerbau.  Pemilik percetakan ini ialah Mahyuddin gelar Datuk Sutan Maharaja, seorang yang cergas dalam bidang kewartawanan dan penerbitan akhbar di Sumatera Barat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
CAHAYA PULAU PINANG

CAHAYA PULAU PINANG, akhbar mingguan Melayu. Akhbar ini diterbitkan dalam huruf Jawi oleh Criterion Press, Pulau Pinang, pada setiap hari Sabtu sejak 13 Oktober 1900.  Akhbar ini berukuran 51 cm panjang dan 32 cm lebar, berjumlah empat halaman setiap keluaran dan dijual dengan harga 15 sen senaskhah.  Pengarangnya ialah Abdul Ghani bin Mohd. Kassim yang juga menjadi penerbit/pengarang akhbar Bintang Timur.  Dia juga bekas pengarang akhbar Jawi Peranakan.

SASTERAKitab
123

Kembali ke atas