Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat kecil, sangat pendek: bas ~; karipap ~; pasar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mini


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MINI KOMPUTER ATAU KOMPUTER MINI DAN SEBAB MINI SKIRT DAN SEBAB

KOMPUTER MINI yang betul bukan MINI KOMPUTER. Kita panggil BAS MINI bukan MINI BAS sebab ini pola Inggeris sama dengan MINI SKIRT. Yang betul ialah SKIRT MINI.

Tatabahasa18.05.2009
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat m/s 1034. Kata `mini ` mempunyai maksud (1)sangat kecil, sangat pendek. ( 2) sebagai imbuhan awalan asing iaitu juga bermaksud sangat kecil atau singkat. Maka contoh yang diberikan seperti bas mini, karipap mini, pasar mini. Mengapakah `miniskrit` dikatakan betul? Salahkah jika ditulis `skirt mini`kerana l`skrit mini `lebih tepat dari segi hukum D-M?Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Daftar Istilah, istilah yang tepat ialah skirt mini. Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan perkataan ini disebabkan oleh kelaziman penggunaannya dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Istilah18.04.2009
Masjid Putra dalam menyiapkan projek sebuah mini perpustakaan. Mohon bantuan untuk memberikan nama yang betul samada:- i. Mini Perpustakaan (contoh:Mini Perpustakaan Masjid Putra) ii.Perpustakaan Mini (contoh:Perpustakaan Mini Masjid Putra) Sekian, terima kasih. Mohd Hasdi bin Muda Penolong Pengarah PentadbiranUntuk makluman, istilah yang betul ialah perpustakaan mini. Oleh itu, nama yang betul ialah Perpustakaan Mini Masjid Putra.Istilah29.10.2012
studio mini atau mini studioIstilah yang betul ialah studio mini.Istilah29.04.2013
komputer mini atau mini komputerMengikut Hukum D-M,iaitu yang diterangkan dan yang menerangkan, yang betul ialah komputer mini.Tatabahasa28.07.2007
Yang manakah betul ? Bilik Koferens Mini ATAU Bilik Konferensi MiniBilik Konferensi MiniLain-lain23.10.2007
Saya ada kemuskilan apakah perkataan yang tepat sukan mini atau mini sukanJawapan yang tepat ialah sukan mini.Tatabahasa12.07.2013
1. Antara telekung mini dengan mini telekung, yang manakah betul? apakah jawapan untuk soalan mencari kesalahan ayat tersebut (rujuk gambar) 2. Adakah 'membaikkan jalan', frasa ini betul? 3. Adakah kesalahan dalam 'memberikan banyak hadiah'? Bolehkan memberi rujukan untuk jawapan di atas? seperti kamus dll

1. Frasa yang betul ialah telekung mini. Ayat tersebut tiada kesalahan

2. Frasa ini salah, yang betul ialah membaiki jalan

3. Frasa memberikan banyak hadiah adalah betul. Kata memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa.

Tatabahasa21.07.2011
SALAM. ISTILAH YANG BETUL UNTUK MINI CONVENTION BAGI TERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYU.. MINI KONVENSYEN ATAU KONVENSYEN MINI.Terjemahan yang betul ialah Konvensyen Mini.Penyemakan dan penterjemahan11.08.2016
1. Yang mana satu betul : mini telekung atau telekung mini? 2. Dalam Kamus Dewan, miniskrit tetapi bas mini = mengapakah terdapat perbezaan?Hal ini berkaitan dengan Hukum D-M iaitu diterangkan dan menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang perlu hadir pada kedudukan kedua. dalam hal ini jawapan yang betul ialah telekung mini. Namun kecualian peraturan D-M seperti Perdana Menteri, ibu pejabat dan lain-lain lagiTatabahasa09.07.2007
12345

Kembali ke atas