Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[min.ta] | مينتا

Definisi : 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkali­kali, banyak yg diminta, memohon, memo­hon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[min.ta] | مينتا

Definisi : ; berminta berharap supaya diberi sesuatu. meminta 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. ~ ampun (maaf) memohon supaya diberi ampun atau maaf. ~ berhenti memberitahu hendak berhenti drpd pekerjaan. ~ diri memohon supaya dibenarkan pergi atau pulang. ~ jalan memohon supaya diberi jalan utk dilalui. ~ nyawa memohon supaya tidak dibunuh. ~ sedekah mengemis. ~ tolong memohon pertolongan. meminta-minta 1 selalu benar meminta. 2 meminta sedekah; mengemis. permintaan 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. peminta orang yg meminta: ~ sedekah pengemis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(85)
Peribahasa

Minta pucuk pada alu.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bangas MSbmakanan atau minuman yang basi.Penyelesaian fasal tanah yang kami duduki itu tidak berhasil. Tuntutan kami juga buntu macam apam bangas. Namun kami tidak berdiam diri. Kami berjumpa ketua daerah, minta simpati, minta belas kasihan.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lalau Ibkayu atau buluh yang dibuat pada tangga atau titi sebagai tempat pemegang supaya tidak jatuh.Saya minta pinang yang akan dibelah itu berbunga dan, oleh kerana saya ini datang dari tempat yang jauh, saya mesti minta bedil sebagai titian, sumpitan untuk lalau atau kayu pemegang dan pinggan untuk pergigian titian itu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ruai Ibruang menunggu, ruang legar, lobi.Minta daripada Sunti nasi pulut dan nasi biasa kalau sudah masak nanti," katanya pada Tarang yang tercegat di pintu ruai.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
asu Ib, MSranjing.Bala Maloh terkejut mendengar kata-katanya itu kerana mereka menyangka Radin minta tangguh kerana masih menunggu anjingnya. Ini ialah kerana asu bermaksud anjing. Nasib baik juga Apai Kejuang dan balanya masih sanggup menunggu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyamai Ibwangi, aroma.Kalau dia berlakikan orang kerajaan, misalnya kalau dia mahu membeli gincu, bedak atau minyak bau nyamai, dia boleh minta duit. Tetapi kalau dia terperuk di kampung sahaja, atau berlakikan orang kampung dan hidup cara kampung, hangit celah ketiak pun tidak terbersihkan, inikan pula hendak berbedak berwangi-wangian.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyengok, *jenguk* Ibpetanda yang ditunjukkan oleh binatang seperti rusa, pelanduk atau kijang yang kelihatan dari jauh, lazimnya di kawasan huma.‘Burung’ yang disebut nyengok, apabila dilihat, membawa alamat yang tidak baik. Kalau kita nampak ‘burung’ seperti ini kita mesti minta orang yang boleh makai burung menjauhkan huma dan orang yang mempunyai huma itu dari segala malapetaka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas