Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata minyak;

Puisi
 

Lumur minyak di kepala botak,
     Lagi baik minyak bijan;
Manakah gading yang tidak retak,
     Di manakah bumi tak timpa hujan.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Rasam air ke air,
     rasam minyak ke minyak.

Bermaksud :

Mencari atau kembali kepada golongannya masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
minyak mentahcrude oilCampuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar.Menengah Rendah
petroleumpetroleumMinyak mentah yang dijumpai di bawah tanah atau dasar laut.Menengah Rendah
peretakancrackingProses penguraian minyak mentah dengan memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang lebih kecil.Menengah Atas
petrol tanpa plumbumunleaded petrolMinyak yang tidak mengandungi unsur plumbum.Menengah Rendah
petroleumpetroleumBahan mentah berbentuk minyak yang diperoleh dari dalam tanah untuk dijadikan petrol dan lain-lain.Sekolah Rendah
saponifikasisaponificationProses hidrolisis ester (lemak dan minyak) yang dimangkinkan oleh ion hidroksida, OH-.Menengah Atas
kerosinkeroseneCecair hidrokarbon yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat minyak mentah pada julat takat didih 150°C - 230°C. Kerosin digunakan sebagai bahan api dan pelarut.Menengah Rendah
pelincirlubricantCecair yang boleh mengurangkan geseran antara dua permukaan. Contohnya, minyak dan gris.Sekolah Rendah
jelagasootDebu hitam yang terhasil daripada pembakaran tidak lengkap bahan seperti minyak, kayu atau arang.Menengah Rendah
pelarut organikorganic solventPelarut yang terdiri daripada cecair hidrokarbon yang digunakan untuk melarutkan bahan seperti cat, minyak, gris dan bahan hidrokarbon lain.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas