Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.nya/] | ميڽق

Definisi : cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair; ~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak babi; ~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata minyak yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin minyak utk menggerak­kan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis minyak yg dilombong dr bumi; ~ cat minyak utk men­cairkan cat; ~ cenduai sj minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak bumi; ~ gas = ~ tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk lampu dll); ~ goreng minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok minyak yg digunakan utk mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak pekat utk melicin­kan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); ~ ikan minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~ jarak (kelapa, zaitun, dll) minyak yg dibuat drpd buah jarak (kelapa, zaitun, dll); ~ kacang minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; ~ kelapa minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ kelung air atau cairan yg keluar dr pipi gajah yg sedang naik berahi; ~ kelonyor sj minyak yg harum dan mudah meruap (eau de Cologne); ~ lincir Id ~ = ~ pelicin minyak utk melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid minyak ber­warna perang dan mudah terbakar yg dieks­trak drpd biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb; ~ masak minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau meng­goreng makanan; ~ mentah minyak yg dilom­bong dan belum diolah lagi; ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm perubatan; ~ pati minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak tanah; ~ pekat Id salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau melan­carkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd bahagian tum­buhan spt bunga, daun atau kayu, dan diguna­kan utk membuat minyak wangi dan perisa makanan; ~ petrol minyak utk menjalankan enjin dll; ~ rambut minyak utk melicinkan rambut; ~ regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat drpd susu lembu dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan di­gunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuh­tumbuhan dan digunakan utk memasak, mem­buat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak lemak yg tidak meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~ wangi = ~ raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan); ~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung perendang duyung = ~ kita juga yg digo-rengkannya prb seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak enak prb kekece­waan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin kerana ~ berminta, elok kerana kain berse-lang prb sindiran utk merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat; sesudah arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu; berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~; ~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik; ~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biar­lah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung; meminyaki memberi berminyak, membu­buh minyak pd, melumuri dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak; perminyakan perihal minyak (perlombo­ngannya dll); sakramen ~ Id sj upacara ber­sembahyang utk orang yg hampir akan mati (Roman Katolik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.nya/] | ميڽق

Definisi : ; ~ beruk betina (putih) sj tumbuhan (pokok), dedali paya, Xanthophyllum curtisii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Cynodon dactylon; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput sepat, Daemonorhops augustifolius; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Isachne globosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.nya/] | ميڽق

Definisi : cairan yg diperoleh drpd lemak binatang, tumbuh-tumbuhan, lombong dll dan tidak akan bercampur dgn air; lemak yg cair. ~ angin minyak utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut dll. ~ babi cairan lemak babi. ~ benzin minyak utk menjalankan jentera. ~ cenduai minyak guna-guna utk memikat hati orang. ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel. ~ galian minyak yg diperoleh dr bumi. ~ gas (tanah) minyak yg mudah terbakar dan digunakan utk lampu dll. ~ goreng minyak yg digunakan utk menggoreng. ~ hitam a. minyak yg agak pekat utk melicinkan perjalanan enjin. b. = ~ tar minyak yg diperoleh drpd arang batu dan digunakan utk membuat jalan. ~ ikan minyak drpd lemak ikan. ~ jarak (kelapa, zaitun) minyak yg didapat drpd buah jarak (kelapa, zaitun). ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum, yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm bidang perubatan. ~ parafin minyak tanah. ~ pati minyak yg dikeluarkan (diperah dsb) dr tumbuhan, yg mempunyai bau atau perisa tumbuhan tsb, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb. ~ pelicin (pelincir) minyak utk melicinkan perjalanan mesin, jentera dll. ~ petrol minyak utk menjalankan enjin. ~ rambut minyak utk melicinkan rambut. ~ sapi minyak yg dibuat drpd susu lembu. ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk memasak, membuat marjerin dsb. berminyak 1 ada minyak pdnya; mengeluarkan minyak; berlemak: Ikan terubuk yg dipanggang itu ~. 2 memakai minyak: Rambutnya sentiasa ~. meminyaki menyapu atau melumuri dgn minyak; memberi berminyak: Minyak itu dicampurkan dgn petrol utk ~ bahagian enjin yg bergerak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Lumur minyak di kepala botak,
     Lagi baik minyak bijan;
Manakah gading yang tidak retak,
     Di manakah bumi tak timpa hujan.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Rasam air ke air,
     rasam minyak ke minyak.

Bermaksud :

Mencari atau kembali kepada golongannya masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
membebek[m«m.be.be/]kata adjektifberkenaan api dapur yang terlalu perlahan dan seakan-akan mahu padam akibat kehabisan minyak.Api dapo minyak tanah tu nampak membebek dari tadi. Bile nak masak?[A.pi dA.po mi.øA/ tA.nAh tu nAm.pA/ m«m.be.be/ dA.Äi ]Api dapur minyak tanah itu dari tadi perlahan macam nak padam. Bila hendak masak?
taye[tA.j«]kata namapelita minyak tanah.Taye padam teyop angen, pade hal minyak banyak.[tA.j« pA.dAm te.jop A.Nen pA.d« hAl mi.øA/ bA.øA/]Pelita minyak tanah itu terpadam ditiup angin walaupun minyaknya masih banyak.
sahang[sA.hAN]kata kerjagoreng tanpa minyak, rendang.Kacang tanah disahang saje sebab masakan tu tak boleh ade minyak[kA.tSAN tA.nAh di.sA.hAN sA.dZ« s«.bAb mA.sA.kAn tu tA/ Kacang tanah itu digoreng tanpa minyak sahaja kerana masakan itu adalah jenis yang tanpa berminyak.
taek minyak[tAe/ mi.øA/] berbohong, temberang.Die tu banyak taek minyak aje, tak boleh pecaye.[di.j« tu bA.øA/ tAe/ mi.øA/ A.dZ« tA/ bo.lehp«.tSA.j«]Dia itu seorang pembohong, tidak boleh dipercayai.
peto[p«.t]kata adjektifbau keras yang terlampau sangat.Minyak ambar dari Madras memang peto baunye.[mi.øA/ Am.bAr dA.Äi mAd.ÄAs me.mAN p«.t bAu.ø«]Minyak ambar dari Madras memang keras baunya.
mereboi[m«.Ä«.boj]kata adjektifberkenaan rambut yang tumbuh jarang-jarang atau tidak lebat.Rambot budak tu mereboi aje, cube sapu minyak kelape.[ÄAm.bot bu.dA/ tu m«.Ä«.boj A.dZ« tSu.b« sA.pu mi.øA/ ]Rambut budak itu tidak lebat, cuba sapu minyak kelapa.
kue terap[ku.we t«.ÄAp] sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum dicetak dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; koye.   
koye[ko.j«]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng tanpa minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum diterap dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; kue terap.   
selayang pandang[s«.lA.jAN pAn.dAN] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang diuli dan dicanai, disapu dengan minyak kacang dan tepung sagu. Adunan ini digulung ketat-ketat, dipotong dan digelek sebelum digoreng. Akhirnya gorengan tersebut ditabur dengan gula halus.   
lempeng batak[lem.peN bA.tA/] sejenis kuih yang pipih dan nipis diperbuat daripada tepung, air, sedikit garam dan parutan kelapa dan bancuhan ini digoreng dengan sedikit minyak pada kuali yang leper.   
12

Kembali ke atas