Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) minyak yg agak pekat utk melicinĀ­kan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. minyak yg agak pekat utk melicinkan perjalanan enjin. b. = ~ tar minyak yg diperoleh drpd arang batu dan digunakan utk membuat jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ayam hitam celah batang,
     Jumpa semak baru bertelur;
Sayang Cik Hitam baru datang,
     Bawa minyak bunga melur.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
black oilminyak hitamKejuruteraanTiadaTiada
black oilminyak hitamKejuruteraanTiadaMinyak mentah gelap yang mempunyai faktor isi padu formasi yang tinggi dan nisbah gas minyak yang rendah.
black oilminyak hitamKejuruteraanTiadaMinyak mentah gelap yang mempunyai faktor isi padu formasi yang tinggi dan nisbah gas minyak yang rendah.
carbon blackhitam karbonKejuruteraanPolimerIstilah generik yang merujuk kepada satu keluarga karbon berkoloid, iaitu hitam asetilena, hitam haiwan dan hitam lampu. Hitam asetilena terhasil daripada pembakaran setilena, hitam haiwan daripada pembakaran tulang haiwan, manakala hitam lampu adalah hasil pembakaran minyak atau bahan berkabon yang lain dalam satu sistem tertutup. hitam karbon digunakan secara meluas sebagai pengukuh dalam getah sebagai pengisi dan pigmen dalam polivinil kolrida dan plastik yang lain, dan sebagai pelindung sinaran ultraunggu. Dalam polietilena, hitam karbon bertindak sebagai agen pemuat silang.
oil black masterbatchkelompok induk hitam minyakKejuruteraanTiadaTiada
black straplapisan hitamKejuruteraanTiadaLapisan hitam yang terbentuk antara minyak dan larutan perawat semasa rawatan minyak ringan masam.
tall oilsminyak talPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanMinyak berwarna kuning hitam yang berbau busuk yang terdiri daripada campuran rosin, asid lemak, storel, dan campuran alkohol berberat molekul tinggi yang diperoleh daripada likuor buangan proses mempulpa kayu cara Kraft. Minyak ini timbul di permukaan likour sulfat apabila disejukkan dan dapat diasingkan secara pengempuran. Minyak ini digunakan dalam pembuatan sabun, minyak pelincir dan cat.
carbon blackkarbon hitamFizikNanoteknologiSerbuk amorfus karbon bersaiz nanometer yang terbentuk daripada hasil pembakaran yang tidak sempurna bahan petroleum atau minyak sayuran seperti tar arang batu. Karbon hitam digunakan sebagai pigmen dan penguat getah di dalam tayar.
olivezaitunHerbaTiadaTumbuhan daripada genus Olea dalam order Schrophulariales terutamanya pohon zaitun (Olea europaea) yang ditanam untuk buah drupanya. Buah zaitun ranum berwarna hitam sesuai untuk dimakan dan buah zaitun muda berwarna hijau mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Minyak zaitun digunakan sebagai emolien dalam rawatan penyakit kulit dan sebagai bahan nutrien.
crude oilminyak mentahKejuruteraanPetroleumCecair petroleum yang diperoleh dari reserbor atau telaga yang belum diproses dan ditapis. Umumnya cecair tersebut berwarna antara kuning dengan hitam dan mungkin terdiri daripada hidrokarbon parafin, asfalt atau campuran bes. Gravitinya pula berkisar antara 9 darjah dengan 55 darjah API. Untuk mudah minyak mentah disebut mentah sahaja.
12

Kembali ke atas