Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINYAK JAGUNG

Minyak jagung ialah minyak yang dibuat

daripada isirung jagung. Ia digunakan terutamanya

sebagai minyak masak dan minyak salad, dan

dalam keluaran makanan seperti marjerin dan

kerepek kentang. Minyak jagung yang ditapis

berwarna kuning pucat.

UMUM 
SPIKENARD

Spikenard, juga dinamakan nard, ialah

tumbuhan yang berkaitan dengan valerian. Ia

berasal dari India, dan menghasilkan minyak wangi

yang mahal. Akarnya berbentuk seperti butir

jagung. Serumpun batang yang tebal sepanjang

lebih kurang 5 sentimeter tumbuh dari bahagian

atas akarnya. Bahagian ini adalah sumber utama

minyak wangi.

UMUM 
BERTIH

BERTIH, padi yang digoreng tanpa minyak atau disangai dan digunakan sebagai salah satu bahan dalam upacara tradisional.  Bertih juga diperbuat daripada jagung dan apabila digaul dengan gula atau manisan, menjadi sejenis kudapan yang enak.  Bertih daripada jagung merupakan bertih untuk dimakan semata-mata.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas