Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AISKRIM

Aiskrim ialah makanan beku yang popular.

Secara tradisional, ia dibuat daripada produk susu,

gula, dan air. Tetapi di beberapa buah negeri,

minyak sayur-sayuran seperti minyak sawit, minyak

kelapa, minyak kacang, dan minyak biji sesawi,

boleh digunakan sebagai ganti lemak tenusu.

UMUM 
ENJIN BEBAS-OMBOH

Enjin bebas-omboh, kadangkala dinamakan

gasifier, menjanakan gas panas yang biasanya

digunakan untuk menjalankan sebuah turbin. Ia

boleh membakar hampir setiap bahan api cecair,

daripada parafin kepada minyak kacang tanah.

UMUM 
MINYAK KELAPA SAWIT

Minyak kelapa sawit, yang dibuat daripada

buah kelapa sawit, adalah satu daripada minyak

sayur yang paling meluas digunakan di dunia.

Hanya minyak kacang soya dikeluarkan dengan

lebih banyak. Pengeluaran minyak kelapa sawit di

dunia berjumlah hampir 13 juta tan metrik setiap

tahun. Minyak kelapa sawit digunakan dalam

keluaran seperti aiskrim, minyak masak, marjerin,

dan sabun.

UMUM 
MALABO

Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial

Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di

Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat.

Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea

(peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang

mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko,

kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak

kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini

bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan

terbang terletak berhampiran Malabo.

UMUM 

Kembali ke atas