Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak yg dibuat drpd kelapa kering; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya mencari istilah untuk Fractionated Coconut Oil yang merujuk pada minyak kelapa dara juga tapi ia telah melalui proses penyulingan untuk memisahkan/memecahkan rantaian panjang asid lemak yang ada dalam minyak kelapa dara. Adakah 'berbahagi' boleh digunakan untuk perkataan 'fractionated' dalam konteks ini? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

fractionated coconut oil - minyak kelapa berbahagi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain14.07.2021
perkataan inggeris "SUSTAINABLE PALM OIL" dalam bahasa melayu?"SUSTAINABLE PALM OIL" dalam bahasa melayu kami cadangkan sebagai MINYAK KELAPA SAWIT MAMPAN.
Namun, istilah ini perlu disesuaikan dengan penggunaan ayat atau keseluruhan artikel yang hendak disampaikan.
Istilah04.01.2018
apakah istilah bau yg sesuai untuk bau alkoholIstilah yang sesuai bagi bau alkohol ialah tengik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 1) tengik - i. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan dll), pering; ii. ki berbau busuk.Istilah27.10.2006
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa.

Tatabahasa05.04.2010
Adakah padanan bagi refined dalam peruntukan ini digunakan secara tepat kerana didapati terdapat padanan bagi “bertapis” dan “ditapis” kerana perkataan selepasnya adalah “..diluntur dan dinyahbau”. “Refined, bleached, deodorized palm stearin 183. (1) Refined, bleached, deodorized palm stearin shall be the solid fraction obtained by the fractionation of either crude palm oil, which is subsequently refined, bleached and deodorized or by the fractionation of refined, bleached, deodorized palm oil as specified in regulation 196. (2) Refined, bleached, deodorized palm stearin— Stearin kelapa sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau 183. (1) Stearin kelapa sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau hendaklah bahagian pepejal yang diperolehi melalui pemeringkatan minyak kelapa sawit mentah yang kemudiannya ditapis, diluntur dan dinyahbau atau melalui pemeringkatan minyak kelapa sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau yang dinyatakan dalam peraturan 196.”. (2) Stearin kelapa sawit bertapis, diluntur dan dinyahbauBagi konteks ayat yang diberikan, perkataan refined boleh diterjemahkan sebagai bertapis (bagi produk akhir) dan ditapis (merujuk kepada proses).Lain-lain22.06.2021
APA ITU PROSES?
 Proses: 1 perubahan (peristiwa dll) yg berlaku berturut-turut atau beruntun-runtun dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). pemprosesan perbuatan atau hal memproses.
Makna05.10.2009
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)?

Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan:
Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk  berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan).

·     Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak;  biskut yang sudah hapak.
Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan:

   Garing ialah keras tetapi rapuh  seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup.
Makna06.04.2014

Kembali ke atas