Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau meng­goreng makanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ali menjinjing bakul dan memilih minyak masak di sebuah kedai runcit. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah “ Ali menjinjing bakul sambil memilih minyak masak di sebuah kedai runcit” .Tatabahasa17.03.2014
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa.

Tatabahasa05.04.2010
Bolehkah perkataan "dalam" digunakan untuk maksud menganggar? Contoh. - Masukkan dalam tiga sudu minyak ke dalam kuali. - Saya rasa dia akan datang dalam jam 10:00 pagi nanti. Terima kasih.Bagi ayat yang pertama, ayat yang tepat ialah Masukkan lebih kurang tiga sudu minyak masak ke dalam kuali. Perkataan dalam dalam ayat ini tidak sesuai.

Bagi ayat yang kedua, ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan dalam membawa maksud pada waktu (tertentu).
Tatabahasa08.08.2021
Salam 1Malaysia, 1. Frasa 'Kali pertama' atau 'Pertama kali' yang paling tepat untuk digunakan dalam penulisan? 2. Frasa 'gas memasak' atau 'gas masakan' atau 'gas masak' yang paling tepat dalam bahasa Melayu? Terima kasih.1. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek mana yang ingin ditekankan atau didahulukan.
2. Gas masak sama seperti minyak masak.
Tatabahasa11.09.2012
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019

1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut:

  1. Pegawai Imigresen
  2. Pegawai Imigresen Kanan
  3. Pegawai Imigresen Tinggi

2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah:

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen.

 

3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”.

 

4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah:

            i. rujukan surat:

                        DBP/173/14/4/K.3 (68)

            ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat”

a)    Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan 

b)    Kos cetak RM3.00/naskhah
        c)    22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai

Tatabahasa08.04.2019
Terima kasih atas maklumbalas kepada soalan terawal. Pan fry adalah kaedah memasak tanpa menggunakan minyak, sebagai contoh ikan salmon akan dipan fry sebab kandungan minyaknya tinggi, dan ia akan masak dengan minyak sendiri. Sekian, terima kasih.Dalam data rujukan kami, terdapat istilah pan frying yang dipadankan sebagai goreng tohor dalam bahasa Melayu. Goreng tohor dihuraikan sebagai kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Pan+frying&d=129316&#LIHATSINIPenyemakan dan penterjemahan24.09.2017
apakah kata kerja yang paling tepat untuk menyatakan cara memasak roti canai?memasak?menggoreng?membakar?atau ada perkataan lain yang lebih sesuai?Memasak bermaksud membuat atau mengolah makanan supaya masak; menggoreng bermaksud memasak dengan minyak, seperti menggoreng ikan atau memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dengan tidak menggunakan minyak; membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata yang betul ialah memasak roti canai. Kata memasak lebih umum penggunaannya untuk menerangkan apa jua cara memasak.Tatabahasa09.05.2011

Kembali ke atas