Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau mengĀ­goreng makanan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cooking oilminyak masakGeografiTiadaTiada
cooking oilminyak masakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
triglyceridetrigliseridaKimiaTiadaEster semula jadi asid lemak biasa dan gliserol. Trigliserida digunakan untuk pembuatan minyak masak dan monogliserida.
cotton oilminyak biji kapasPentadbiran PerniagaanTiadaMinyak berlemak separuh kering yang didapati daripada biji kapas, digunakan dalam salad dan minyak masak.
vegetable oilminyak sayuranMakanan dan PemakananMakananLemak daripada tumbuhan yang berbentuk cecair pada suhu bilik. Minyak sayuran diekstrak daripada biji-bijian, buah-buahan atau kekacang. Minyak ini digunakan secara meluas sebagai minyak masak seperti minyak kelapa sawit, minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kacang soya dan minyak bijan.
taghyirpengubahanPerniagaan IslamTiadaPerihal mengubah atau menukar harta sehingga berubah sifat dan faedah asal. Contohnya, dalam industri petrokimia, minyak mentah akan diproses menjadi petrol dan bahan kimia yang lain. Dalam industri pertanian, kelapa sawit diproses menjadi minyak masak, biodiesel dan marjerin.
primary advertisingpengiklanan asasKomunikasiKorporatPengiklanan yang digunakan oleh sesuatu kumpulan pengeluar atau pihak yang berkepentingan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan yang sama untuk mempromosikan jenis barangan atau perkhidmatan tersebut tanpa mengambil kira jenama. Pengiklanan ini biasanya dilakukan apabila berlaku kontroversi, penurunan permintaan yang ketara, atau rasa curiga terhadap mutu dan jaminan keselamatan barangan atau perkhidmatan berkenaan. Keadaan ini dilihat oleh pengeluar boleh mengancam pasaran kelompok barangan atau perkhidmatan tersebut dalam jangka masa panjang. Pendekatan pengiklanan boleh bersifat pengiklanan khidmat awam atau pengiklanan komersial. Saluran pengiklanan yang digunakan adalah pelbagai. Pelaksanaan pengiklanan biasanya dilakukan oleh pihak bertanggungjawab, seperti persatu pengeluar barangan atau perkhidmatan yang berkaitan, pihak berkuasa (kementerian, jabatan, unit penguatkuasaan) dan persatu pengguna. Contohnya, apabila pihak berkuasa kacang soya di sebuah negara Barat mendakwa minyak masak kelapa sawit Malaysia mengandungi bahan yang mengancam kesihatan dan mengadakan kempen memburukkan barangan yang menggunakan minyak sawit sebagai bahan asas seperti minyak masak dan marjerin. Oleh itu, pihak pengeluar minyak masak dan pihak pengusaha kelapa sawit Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai kaedah pengiklanan bagi mempromosikan barangan berasaskan minyak sawit tanpa mengira jenama. Matlamatnya adalah untuk memastikan semua barangan berkenaan mendapat keyakinan pelanggan dan seterusnya memulihkan pasaran.
expeller pressperah asakVeterinarTiadaProses pengekstrakan minyak daripada bijirin atau isirung dengan memampatkannya di bawah tekanan tinggi. Sisa ekstrakan yang dikenali sebagai kek masih mengandungi 6-8% minyak. Contohnya, isirung kelapa sawit diperah asak untuk menghasilkan minyak masak dan sisanya digunakan sebagai makanan ternakan. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit.
solvent extractionpengekstrakan pelarutVeterinarTiadaProses pengekstrakan minyak daripada bijirin atau isirung dengan menggunakan pelarut organik seperti heksan. Minyak akan terlarut di dalam heksan dan kemudiannya dipisahkan melalui proses penyulingan berperingkat. Sisa ekstrakan yang dikenali sebagai kek masih mengandungi 1-2% minyak. Contohnya, isirung kelapa sawit diekstrak menggunakan pelarut untuk menghasilkan minyak masak dan sisanya digunakan sebagai makanan ternakan. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit.
rancidityketengikanMakanan dan PemakananMakananPerihal bau dan perisa yang tidak menyenangkan disebabkan oleh kerosakan komponen lemak atau minyak dalam makanan. Ketengikan dalam makanan terbahagi kepada dua jenis, iaitu ketengikan oksidatif yang disebabkan oleh pengoksidaan lemak dan ketengikan hidrolitik yang disebabkan oleh hidrolisis lemak. Contoh makanan yang mengalami ketengikan ialah makanan yang digoreng menggunakan minyak masak yang dikitar semula atau kerepek ubi yang disimpan terlalu lama di tempat yang tidak sesuai.
12

Kembali ke atas