Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan diĀ­gunakan utk masakan, membuat sabun dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
palm oil refinerykilang penapis minyak sawitPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
palm oil mill effluentefluen kilang minyak sawitVeterinarTiadaTiada
POMEPOMEPertanianAgroteknologiSingkatan bagi palm oil mill effluent. Lihat efluen kilang minyak sawit.
refiningpenapisanMakanan dan PemakananTeknologi MakananProses menjadikan sesuatu bahan bebas daripada benda asing. Contohnya penapisan minyak sawit untuk menyingkir bahan-bahan seperti resin, asid lemak, pigmen, logam surih dan lain-lain.
industrial cropstanaman industriPertanianAgroteknologiTanaman yang ditanam untuk menghasilkan produk yang akan digunakan dalam sektor industri dan tidak digunakan untuk bekalan makanan. Contoh hasil tanaman industri ialah getah, minyak sawit, gentian, kapas dan pewarna. Biasanya, hasil ini perlu melalui pemprosesan sebelum ia dipasarkan. Hasil produk daripada getah misalnya boleh ditambah nilai untuk menghasilkan produk-produk lain seperti tayar, sarung tangan dan bahan-bahan industri yang lain. Minyak sawit pula diproses untuk menghasilkan minyak makan, marjerin, sabun dan kosmetik. Tanaman industri memainkan peranan penting dalam ekonomi sesebuah negara.
palm oil mill effluentefluen kilang minyak sawitPertanianAgroteknologiBahan sisa yang terhasil setelah buah kelapa sawit dikeluarkan minyaknya dan hampasnya diasingkan. Jika dilupuskan di dalam kolam, bahan ini boleh menyebabkan pencemaran kerana mempunyai BOD yang tinggi. Walau bagaimanapun, bahan sisa ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Bahan cecairnya mengandungi banyak bahan organik, termasuk pelbagai jenis gula seperti arabinosa, xilosa, glukosa, galaktosa dan manosa. Bahan pepejalnya pula terdiri daripada selulosa yang mengandungi sedikit minyak. Oleh kerana kandungan nutriennya adalah tinggi, ia digunakan sebagai sumber makanan untuk mikroorganisma. Ia juga digunakan untuk menghasilkan biogas melalui proses pencernaan anaerobik. Singkatan POME.
renewable feedstockstok suapan boleh diperbaharuiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan mentah daripada sumber semula jadi yang boleh diganti semula dalam tempoh tertentu. Contohnya, minyak sawit sebagai bahan suapan untuk menghasilkan biodiesel.
feedstock blendingadunan stok suapanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauCampuran dua atau lebih bahan mentah sebelum proses pembuatan bagi meningkatkan nilai ekonomi dan kualiti produk. Contohnya, campuran minyak sawit dan etanol sebelum proses pengesteran untuk menghasilkan biodiesel.
biodiesel feedstockstok suapan biodieselPertanianAgroteknologiBahan mentah yang diproses untuk menjadi biodiesel, contohnya minyak sawit. Stok suapan ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu bahan yang boleh dimakan dan bahan yang tidak boleh dimakan. Contoh bahan yang boleh dimakan ialah minyak kelapa sawit, minyak kacang soya, minyak jagung dan minyak bunga matahari. Contoh bahan yang tidak boleh dimakan pula ialah minyak jarak, minyak jojoba dan minyak alga. Terdapat kontroversi etika mengenai penggunaan bahan makanan seperti jagung dan kacang soya sebagai stok suapan biodisel dalam keadaan penduduk dunia yang lebih memerlukan makanan berbanding dengan penggunaannya sebagai bahan bakar.
transesterificationpentransesteranTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses menghasilkan ester daripada tindak balas asid karboksilik dengan alkohol. Kadar pentransesteran dipercepat dengan kehadiran mangkin yang bersifat alkali atau asid. Contohnya, penghasilan biodiesel daripada minyak sawit.
123456

Kembali ke atas