Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak yg diperoleh drpd tumbuh­tumbuhan dan digunakan utk memasak, mem­buat majerin dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : minyak yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk memasak, membuat marjerin dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Saya membeli sayur, minyak dan daging. 2. Saya membeli sayur, minyak, dan daging. (Mana satu penggunaan tanda baca yang betul? Ayat pertama atau ayat kedua? Terima kasih.Untuk makluman, penggunaan tanda koma dalam ayat tersebut tidak ada kesalahan. Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa21.06.2016
Bagi perkataan “dehydrated” dalam baris keempat peruntukan di bawah ini, padanan yang diberikan adalah “didehidratkan”. Apakah padanan ini teratur. Kami bercadang untuk menggunakan padanan “dinyahhidratkan”. Dried or dehydrated vegetable 211. (1) Dried vegetable or dehydrated vegetable shall be the raw edible part of vegetable, with or without sugar, saccharin or sodium saccharin, mint leaves or mint oil, and dehydrated under natural or artificially induced condition. It shall not contain more than 8 per cent of water. Sayur kering atau dehidrat 211. (1) Sayur kering atau sayur dehidrat hendaklah bahagian sayur-sayuran mentah yang dapat dimakan, dengan atau tanpa gula, sakarin atau sodium sakarin, daun pudina atau minyak pudina, dan didehidratkan dalam keadaan biasa atau yang diaruh secara buatan. Ia tidak boleh mengandungi lebih daripada 8 peratus air.Kami mencadangkan "dehydrated" diterjemahkan sebagai "ternyahhidrat" atau "dinyahhidratkan". Padanan yang tepat bagi "dehydrated vegetable" ialah "sayur kering". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Istilah24.06.2021
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019

1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut:

  1. Pegawai Imigresen
  2. Pegawai Imigresen Kanan
  3. Pegawai Imigresen Tinggi

2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah:

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen.

 

3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”.

 

4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah:

            i. rujukan surat:

                        DBP/173/14/4/K.3 (68)

            ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat”

a)    Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan 

b)    Kos cetak RM3.00/naskhah
        c)    22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai

Tatabahasa08.04.2019
Tuan/Puan, Bolehkah kami mendapatkan padanan bagi istilah di bawah ini- Silicon dioxide amorphous Sodium aluminium phosphate (basic) Sodium and potassium pryophosphates (tetrasodium and tetrapotassium diphosphates) and sodium and potassium acid pyrophosphates (disodium and dipotassium dihydrogen diphosphates) Sodium and potassium salts of fatty acid which are derived from edible vegetable oil and edible vegetable fat Sodium and potassium tripolyphosphates Sodium, potassium and calcium polyphosphates Sorbitan fatty acid esters Stearoyl lactylic acid and its sodium and calcium salt Sucroglycerides Sucrose esters of fatty acid Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:


silicon dioxide amorphous - amorf silikon dioksida
sodium and potassium pyrophosphates - natrium aluminium fosfat
tetrasodium and tetrapotassium diphosphates - tetranatrium dan tetrakalium difosfat
sodium and potassium acid pyrophosphates - asid natrium dan kalium pirofosfat
disodium and dipotassium dihydrogen diphosphates - dinatrium dan dikalium dihidrogen difosfat
sodium and potassium salts of fatty acid which are derived from edible vegetable oil and edible vegetable fat -
garam natrium dan kalium asid lemak terbitan daripada minyak dan lemak sayur yang boleh dimakan
sodium and potassium tripolyphosphates - natrium dan kalium tripolifosfat
sodium, potassium and calcium polyphosphates - natrium, kalium dan kalsium polifosfat
stearoyl lactylic acid and its sodium and calcium salt - asid steroil laktilik dan garam natrium dan kalsium
sucrose esters of fatty acid - sukrosa ester asid lemak


Berdasarkan data PRPM juga, padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

sodium aluminium phosphate (basic) - natrium aluminium fosfat
sorbitan fatty acid esters - ester sorbitan asid lemak
sucroglycerides - sukrogliserida

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain19.08.2021

Kembali ke atas