Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak yg diperoleh drpd tumbuh­tumbuhan dan digunakan utk memasak, mem­buat majerin dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : minyak yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk memasak, membuat marjerin dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vitamin K1vitamin K1HerbaTiadaFitonadion, C31H46O2. Sebatian cecair likat berwarna kuning terlarut benzena kloroform dan minyak sayur yang berguna dalam perubatan dan sebagai makanan tambahan.
salad dressingsos saladPentadbiran PerniagaanTiadaSos yang diperbuat daripada minyak zaiton atau minyak sayur lain, cuka, rempah dan sebagainya, dihidang bersama salad atau digaul dengan bahan makanan lain.
salad dressingsos saladPentadbiran PerniagaanTiadaSos yang diperbuat daripada minyak zaiton atau minyak sayur lain, cuka, rempah dan sebagainya, dihidang bersama salad atau digaul dengan bahan makanan lain.
tocopheroltokoferolMakanan dan PemakananTeknologi MakananSekumpulan sebatian pelopor vitamin E yang hadir dalam lapan bentuk tokoferol semula jadi seperti alfa(a), beta(b), delta(d) dan lamda(l). Alfa-tokoferol mempunyai aktiviti vitamin E yang paling tinggi. Tokoferol juga merupakan antipengoksida semula jadi dalam minyak sayur-sayuran. Keaktifan tokoferol sebagai antipengoksida berlawanan dengan aktiviti vitamin E.
fixed oilminyak tetapKimiaTiadaMinyak lemak yang tidak meruap yang diperoleh daripada sayur-sayuran.
marinadepemerapMakanan dan PemakananMakananCampuran bahan seperti minyak, herba, sos dan rempah-ratus untuk memperkaya rasa dan melembutkan bahan makanan sebelum proses memasak. Campuran bahan ini lazimnya digunakan untuk memerap daging, ikan atau sayur-sayuran. Cecair berasid seperti cuka, jus lemon dan wain atau enzim (didapati daripada nanas, betik atau halia) juga digunakan.
omelettetelur dadarMakanan dan PemakananMakananHidangan daripada telur yang dipukul lalu dimasak dengan mentega atau minyak yang sedikit di dalam kuali tanpa dikacau sehingga masak. Adakalanya telur dadar dilipat separuh bersama inti seperti keju, sayur-sayuran, daging (selalunya ham), atau beberapa kombinasi di atas. Telur yang dipukul boleh dicampur dengan sedikit susu, krim atau air.
industry groupkumpulan industriEkonomiTiadaSekumpulan keluaran industri yang seakan-akan sama dan boleh mengganti atau bersaing antara satu sama lain. Misalnya, industri minuman adalah satu kumpulan industri yang mengandungi berbagai-bagai air minuman ringan, bir dan wain, industri makanan mengandungi pelbagai jenis makanan seperti roti, ikan dan sayur yang ditin, minyak dan lemak makanan, aiskrim dan susu, tepung, biskut, serbuk kopi, gula dan sebagainya.
waxlilinKimiaTiadaSebatian organik yang mempunyai berat molekul yang tinggi, berbentuk pepejal pada suhu bilik dan berkomposisi serupa dengan lemak dan minyak, kecuali lilin tidak memngandungi gliserida. Lilin tergolong dalam kelas lipid, kalis air, licin, terbakarkan, larut di dalam pelarut organik tetapi tidak larit di dalam air. Lilin terdiri daripada lilin asli yang diperoleh daripada haiwan (lilin lebah), sayur-sayuran, atau mineral (lilin bumi dan lilin petroleum) dan lilin buatan yang diperoleh daripada plimer etilenik dan naftalena berklorin. Lilin digunakan untuk membuat krayon, dian, pengilat, bahan kosmetik, kertas karbon, sebatian kalis air, dan sebatian pencuci.
Moringa ptergospermakacang kelorHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok kecil dalam famili Moringaceae yang dikenali juga sebagai remunggai. Tumbuhan ini berasal dari India dan Sri Lanka. Tingginya sehingga 10 m dan tumbuh subur di kawasan terdedah. Daunnya jenis tripinat dan mengandungi anak daun bersaiz kecil. Anak daun tersusun bersetentang dan berwarna hijau pucat. Jambak bunganya jenis panikel yang keluar dari celah tangkai daun dan berwarna putih. Buahnya jenis lenggai dan panjang lebih kurang 45 cm dan runcing di hujung. Biji yang masak berwarna perang gelap, mempunyai tiga bucu dan bersayap nipis. Daunnya dibuat sayur oleh ibu selepas bersalin untuk menggalakkan pengeluaran susu. Akarnya dibalut pada perut untuk menegangkan semula kulit perut. Daun yang telah dilumatkan ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu. Daun dan buah dimakan untuk mengubati masalah penghadaman. Akar digunakan untuk merawat sakit kepala. Minyak biji digunakan sebagai sapuan untuk merawat sakit sendi. Daun dan buah muda dibuat sayur. Daunnya kaya dengan vitamin A dan kalsium, dan buahnya kaya dengan vitamin C.

Kembali ke atas