Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEROSIN ATAU MINYAK TANAH UMUM 
SALURAN PAIP

Saluran paip ialah sistem paip yang digunakan

untuk menyalurkan bahan tertentu dalam jarak

yang jauh. Saluran paip memainkan peranan yang

penting dalam operasi dan ekonomi masyarakat

moden. Saluran paip menyalurkan air untuk

kegunaan isi rumah, perniagaan dan perusahaan,

mengangkut gas asli, petroleum, dan juga hasil

petroleum seperti minyak petrol, minyak tanah,

dan minyak diesel. Saluran paip juga membawa

sisa perusahaan dan air limbahan, abu dari batu

arang, bijih besi, dan batu kapur untuk kegunaan

perusahaan.

UMUM 
MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID

MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID (1889-   ?   ), wartawan dan penerbit Indonesia.  Dia lahir di Langkat, Sumatera, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan awal di Langkat.  Selepas tamat persekolahan dia bekerja sebagai pelatih kerani di syarikat minyak tanah di Pengkalan Bandar, pelatih telegraf di Kompeni Kereta api Deli, kerani di Labuhan Ruku dan pada waktu lapang menjadi guru penolong di sebuah sekolah Melayu di Batu Bahasa dan kerani di Syarikat Ejen Kompeni Kapal Api Belanda di Tanjung Balai.

SASTERATokoh
ORRISROOT

Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris

tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia

digunakan untuk memberikan bau wangi violet

kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak

daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan

sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana

harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik.

Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi

tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal

daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris

germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini

ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan

Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim

panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia

mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi

minyak yang berbau seperti violet dan digunakan

dalam minyak wangi. Lihat juga Iris.

UMUM 
TANAH FULLER

Tanah fuller ialah bahan seperti tanah liat yang

meluntur dan membersihkan lemak dan minyak. Ia

mengandungi 50 peratus hingga 80 peratus silika.

Pelunturan dan pembersihan berlaku apabila zarah

dari tanah fuller menghilangkan asfalt dan damar

daripada bahan berlemak atau berminyak. Zarah

tersebut melakukannya dengan menyerap (mengutip

dan mengumpulkan) asfalt dan damar tersebut (lihat

Penyerapan dan penjerapan ).

UMUM 
OKER

Oker ialah sejenis tanah yang dikisar menjadi

serbuk halus dan digunakan sebagai pigmen bagi

minyak linsid atau beberapa jenis minyak lain

untuk membentuk cat lukisan. Warnanya

pelbagai, daripada kuning pucat kepada merah

kecoklatan. Sesetengah oker berwarna kuning

berubah menjadi merah apabila dipanaskan.

Oker terdiri daripada oksida besi yang dicampur

dengan tanah liat dan pasir.

UMUM 
SEMENANJUNG TANAH ARAB

Semenanjung Tanah Arab, gurun yang

gersang yang terletak di barat daya Asia.

Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara

Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada

negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar

dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali

sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan

pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah

Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi

oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya

amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian

tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada

musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung

Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi

terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak

yang terbesar di dunia.

UMUM 
ENJIN BEBAS-OMBOH

Enjin bebas-omboh, kadangkala dinamakan

gasifier, menjanakan gas panas yang biasanya

digunakan untuk menjalankan sebuah turbin. Ia

boleh membakar hampir setiap bahan api cecair,

daripada parafin kepada minyak kacang tanah.

UMUM 
TELAGA

Telaga ialah lubang yang digali di dalam tanah

untuk memperoleh cecair. Telaga air merupakan

jenis telaga yang paling biasa ditemui. Telaga

minyak dan telaga gas asli juga biasa ditemui.

Kebanyakan syarikat perlombongan juga

menggunakan telaga untuk mengeluarkan garam

dan sulfur dari dalam tanah. Mereka mengepam

wap atau air panas untuk mengeluarkan bahan-bahan

ini.

UMUM 
SUMBER ASLI

Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang

membolehkannya menyokong kehidupan dan

memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah

sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas

tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok,

burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian

termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan

pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara,

cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan

untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan

(3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan

siap.

UMUM 
12

Kembali ke atas