bungai misai kucing | bunga misai kucing | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga misai kucing. |
lithotriptic | litotriptik | Herba | Tiada | Herba yang melarutkan dan menyingkirkan batu karang dari tubuh. Contoh herba ini ialah misai kucing, dukung anak, misai jagung, pecah beling, lempung atau tempurung (Sonchus arvensis) dan parsli. |
Orthosiphon stamineus | Misai kucing | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae adalah jenis renik. Batangnya bersegi. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, berbentuk ovat dengan tepinya daun berlekuk-lekuk. Bunganya berwarna putih dan ungu muda dengan stamen panjang yang menjulur keluar seperti misai kucing. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah flavonoid, glukosida, minyak pati, sapotonin, ortosifonida, orthosifonin saponin, mioinositol dan sinensetin. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan hiasan. Daunnya dibuat teh herba. Seduhan daun diminum untuk merawat kencing manis, batu buah pinggang dan tekanan darah tinggi. |
Orthosiphon stamineus | misai kucing | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae jenis renek dan batangnya bersegi. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan berbentuk ovat dengan tepi daunnya berlekuk-lekuk. Bunganya berwarna putih dan ungu muda dengan stamen panjang yang menjulur keluar seperti misai kucing. Antara sebatian kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah flavonoid, glukosida, minyak pati, sapotonin, ortosifonida, ortosifonin, saponin, mioinositol dan sinensetin. Tumbuhan ini ditanam untuk tujuan perubatan dan hiasan. Daunnya dibuat teh herba, manakala seduhan daun pula diminum untuk merawat kencing manis, batu karang dalam buah pinggang dan darah tinggi. |
blending | pengadunan | Herba | Tiada | Proses menggabungkan bahan herba atau kelompok herba yang berlainan untuk menghasilkan bahan perantara atau produk akhir yang homogen. Contohnya, menggabungkan herba misai kucing dengan kacip fatimah atau menggabungkan herba misai kucing dari pelbagai sumber untuk menghasilkan adunan produk herba yang homogen. |
whisker crystal | hablur misai | Fizik | Tiada | Tiada |
cat's whisker | misai kucing | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
diuretic | diuretik | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk melawaskan pembuangan urin. Contoh herba ini ialah misai kucing, asparagus dan teh. |
diuretic | diuretik | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang digunakan untuk melawaskan pembuangan air kencing. Contohnya, ekstrak daun misai 24 kucing (Orthosiphon stamineus) dan ekstrak daun pecah beling (Strobilanthes crispus). |
Klinefelter�s syndrome | XXY | Kejururawatan | Tiada | Keabnormalan pada kromosom seks lelaki yang mengganggu perubahan semasa baligh seperti tidak mempunyai misai dan suara tidak garau. |