Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : contohnya; umpamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
misal
Kata Terbitan : misalan, misalnya, memisalkan,

Peribahasa

Ikat boleh diubah,
     takuk bagaimana mengubahnya?

Bermaksud :

Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, istilah misalnya teori humanistik adakah huruf besar? mDalam penulisan, teori yang bersifat umum seperti teori humanistik ditulis dengan huruf kecil.Ejaan18.02.2014
1. Bolehkah kita memulakan ayat dengan perkataan "yang" misalnya, - a) Yang harus diberi perhatian ialah..... b) Yang mana betul, ....? 2. Bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat, misalnya - Untuk memastikan agar ibu bapa sedar tentang pentingnya pendidikan agama terhadap anak, satu forum khas dianjurkan oleh ..... 3. Apabila kita menggunakan pengikat kata adakah huruf pertama selepas pengikat kata perlu dalam huruf besar, misalnya - Peribahasa "(s)edikit-sedikit lama-lama menjadi bukit" haru dijadikn pegangan oleh... 4. Yang mana betul "Pada masa kini" atau "Kini"Perkataan yang dan untuk boleh memulakan ayat. Tidak perlu menggunakan huruf besar selepas pengikat kata kecualai yang melibatkan nama khas. Pada masa kini dan kini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan.Tatabahasa04.09.2008
Salam sejahtera Tuan/Puan, Sila mengesahkan ayat manakah yang gramatis: 1) Misalnya apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 2) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 3) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. Sekian, terima kasih. CKAyat yang gramatis ialah: Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti objek tersebut.Tatabahasa11.01.2012
Selamat sejahtera. 1. Bolehkah kata 'maka' digunakan sebagai permulaan ayat? Misalnya, 'Maka mereka pun beredar dari situ.' 2. Bilakah kata 'pun' perlu bergabung dengan suatu perkataan? Misalnya, 'telahpun' atau 'telah pun', 'apa-apapun' atau 'apa-apa pun'. Mana satukah yang betul? 3. Betulkah penggunaan imbuhan akhiran -i dalam contoh-contoh berikut? Dia memaklumi keluarganya tentang berita itu. Biar Tuhan yang menghukumi aku. Bolehkah kau menjagainya? Aku akan mengotai janji saya. Wang perak sebanyak lima tahil ini, bukankah dah cukup untuk menyarai hidup selama tiga lima bulan? Sekian, terima kasih daun keladi.

1. Maka tergolong dalam penanda wacana yang boleh hadir di awal atau pertengahan ayat.

2. Kata adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun dieja sebagai satu perkataan, yang selain daripada senarai tersebut iaitu pun yang bermaksud juga dieja sebagai dua perkataan, contohnya dia pun (juga).

3. Penggunaan memaklumi, menjagai, menyarai dan mengotai (kata kiasan bermaksud menepati janji) dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. Tidak ada kata terbitan menghukumi, yang ada menghakimi, seperti contoh ayat: kamu jangan menghakiminya.  

Tatabahasa28.06.2010
(i) Bolehkah kata sendi 'antara' digunakan untuk memulakan sesuatu ayat? Misalnya: Antara punca gejala sosial ialah ... (ii) Boleh kata nama selepas kata sendi 'antara' boleh digandakan? Misalnya: Antara faktor-faktor gejala sosial ialah ... Sekian.

1. Kata sendi nama antara boleh digunakan di pangkal ayat, contohnya Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

2. Kata nama yang menunjukkan jamak selepas kata sendi nama antara boleh digandakan.   

Tatabahasa04.03.2010
1. bolehkah menggunakan simbol '%' dalam penulisan/peperiksaan atau perlu tulis dalam perkataan 'peratus' ?
Dalam penulisan teks, kata peratus (%) hendaklah dieja, misalnya 1.23 peratus. Manakala dalam ilustrasi, misalnya jadual dan statistik, simbol % digunakan.
Lain-lain04.04.2017
Cara untuk membezakan kata nama am dan kata nama khas.Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang umum, misalnya jalan, guru dan kegemilangan, manakala kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada orang, tempat benda yang khusus, misalnya Kuala Lumpur dan Muhammad.
Tatabahasa29.03.2013
adakah pelajar IPTA boleh memilih tempat untuk melakukan Latihan Industri,misalnya di Kelantan?

Salam sejahtera,

 

Sekiranya tuan memilih untuk menjalani Latihan Industri di DBP, permohonan rasmi perlu dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur dan disertakan dengan surat pengesahan daripada IPTA.

Tuan boleh nyatakan lokasi untuk menjalani latihan industri, misalnya di DBP Wilayah Timur (Kelantan). Namun begitu, penempatan pelatihan industri di pejabat cawangan/wilayah adalah bergantung kepada kesesuaian bidang pengajian dan keperluan di pejabat berkenaan. Penentuan akan dibuat oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain18.02.2009
BAGAIMANA HENDAK MENULIS ESEI DALAM LARAS SASTERA? APAKAH PANDUANNYA? DI MANAKAH DAPAT DIRUJUK ?Pertama sekali saudara perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi  dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti  cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya laras sastera, saudara perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang saudara hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri.Lain-lain09.02.2013
Penggunaa perkatan "di" jarak atau rapat. Contoh: dikapal atau di kapal didalam atau di dalamDi boleh dikategorikan sebagai kata arah dan imbuhan awalan. 1. menunjukkan kata arah, di dieja jarak. Misalnya di atas, di bawah, di hadapan.  2. menunjukkan imbuhan awalan perlu dieja rapat. Misalnya dimakan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. Merujuk kepada contoh diberi, yang betul di kapal dan di dalam.Tatabahasa06.03.2014
12345678910...

Kembali ke atas