Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mis.kin] | ميسکين

Definisi : tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mis.kin] | ميسکين

Definisi : serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(89)


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaanpecah danbertaburan jatuh ke dalam pant. Puii!!! Segumpul air ludah terhambur ke arah sehatang 68 MENGANYAM KEDUKAAN pokok yang terdekat. Percikannya bertaburan ke sana-sini. Mentang-mentang mereka ingat aku miskin,jerit hatinya. Kali mi dia sudah tidak peduli lagi. Tidak berguna dia kalau terus berdiam din. Pak Sujang melompati pant dan benlari ke arah kebun yang sudah jadi apabila terdengar bukit sekitar Iembah Amai. Sebelumnya pula Lakek Uyuk susun tebing sungai Lirong sampai ke entigisnya dan terus mendaki.Gunung Muling. Namun pencanian Lakek Uyuk tetap kosong. Hampa. Lembah Amai bukan miskin belian. Gunung Muling bukan tidak ada pokok belian. Masabahnya, pokok belian di situ sudah habis. Mana tidak, di situlah onang numah panjang meramu rumah dan membuat tiang untuk dijual kepada D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=2&hits=4880+69fc+

Kembali ke atas