Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.dél] | موديل

Definisi : (modél) 1. ragam (pakaian dll), cara, fesyen, jenis, dan reka bentuk tertentu sesuatu barang yg dikeluarkan: motokar kerani ~ lama sahaja; 2. barang tiruan yg sama bentuk dan rupanya spt yg asal tetapi lebih kecil: kanak-kanak lelaki lebih suka membuat ~ kapal terbang drpd membuat pakaian anak patung; 3. peragawan atau peragawati; 4. seseorang atau sesuatu yg dapat dijadikan contoh (utk ditiru atau diteladani): kanak-kanak memerlukan ~ yg baik, yg boleh ditiru dlm perkembangan bahasa lisan yg baku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.dél] | موديل

Definisi : /modél/ 1 barang tiruan yg dibuat betul-betul spt barang yg asal tetapi lebih kecil: Inilah ~ rumah Pak Wan yg akan siap tidak lama lagi. 2 ragam atau fesyen: Keretanya ~ baru. 3 orang yg memperagakan pakaian; peragawati; peragawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata model


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
time series modelsmodel-model siri masaPentadbiranTiadaModel-model peramalan yang menggunakan hanya data sejarah.
qualitative modelmodel kualitatifPentadbiranTiadaModel-model peramalan yang menggunakan pertimbangan, pengalaman, dan data kualitatif dan subjektif.
object modelmodel objekTeknologi MaklumatPerisian1. Ciri objek suatu bahasa pengaturcaraan, teknologi atau metodologi yang menggunakan model objek. Contohnya, model objek Java, model objek komponen (COM) atau teknik pemodelan objek (OMT) ditakrifkan dengan menggunakan konsep seperti kelas, mesej, pewarisan, polimorfisme dan pengkapsulan. Model objek kebiasaannya merupakan semantik formal bagi bahasa-bahasa pengaturcaraan. 2. Koleksi objek atau kelas yang membolehkan atur cara meneliti dan mengubah suai beberapa bahagian tertentu dalam satu sistem. Koleksi tersebut mempunyai antara muka dengan sistem atau perkhidmatan lain. Contohnya, model objek dokumen (DOM) merupakan koleksi objek yang mewakili satu halaman dalam pelayar web yang digunakan oleh atur cara skrip untuk meneliti dan mengubah suai halaman tersebut secara dinamik. Contoh lain ialah model objek MSExcel untuk mengawal MSExcel daripada atur cara yang lain.
one compartment modelmodel satu ruangPerubatanTiadaModel farmakokinetik yang mengandaikan badan sebagai satu ruang isi padu yang homogeneus. Pemberian dan eliminasi ubat berlaku terus dari ruang ini. Model ini memudahkan pengiraan parameter farmakokinetik sesuatu ubat. Dalam pengiraan farmakokinetik, selain daripada model satu ruang terdapat juga model yang lain seperti model ruang berganda atau model tanpa ruang yang boleh digunakan mengikut kesesuaian ubat.
coalescence modelmodel tautanKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel pengasingan separa bendalir yang berdasarkan model fasa gelembung atau model titisan terserak yang mengalir di dalam reaktor tangki teraduk malar. Sifat makrobendalir akaan terbentuk jika gelembung tidak bertaut, manakala sifat mikrobendalir akan terbentuk jika gelembung bertaut, dan pertautan ini dicirikan oleh parameter tautan.
nuclear modelmodel nukleusFizikAtom dan NuklearModel yang dikemukakan bagi menjelaskan sifat suatu nukleus seperti kestabilan, spin dan momen magnet. Pelbagai model telah diperkenalkan, dan yang terkemuka ialah model titisan cecair dan model petala nukleus.
domain modelmodel domainTeknologi MaklumatPerisianModel konsep bagi suatu sistem yang menerangkan pelbagai entiti yang terlibat dalam hubungan dan sistem tersebut. Model ini dicipta untuk mendokumentasikan konsep asal dan perbendaharaan kata bagi sistem tersebut. Model ini mengenal pasti hubungan antara kesemua entiti utama yang berada dalam sistem tersebut dan kebiasaannya dapat mengenal pasti kaedah dan atribut yang penting. Hal ini bererti model domain dapat menyediakan gambaran berstruktur bagi sistem tersebut yang kebiasaannya dapat dilengkapi oleh pandangan dinamik seperti dalam model Use Case. Model ini digunakan pada peringkat rendah dalam kitaran pembangunan perisian. Contohnya, dalam UML, model domain diwakili oleh ‘class diagram’.
hybrid modelmodel kacukan/model hibridFizikTiadaTiada
programming modelmodel pemprograman; model pengaturcaraanGeografiTiadaTiada
programming modelmodel pemprograman; model pengaturcaraanMatematikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas