Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (modél) 1. ragam (pakaian dll), cara, fesyen, jenis, dan reka bentuk tertentu sesuatu barang yg dikeluarkan: motokar kerani ~ lama sahaja; 2. barang tiruan yg sama bentuk dan rupanya spt yg asal tetapi lebih kecil: kanak-kanak lelaki lebih suka membuat ~ kapal terbang drpd membuat pakaian anak patung; 3. peragawan atau peragawati; 4. seseorang atau sesuatu yg dapat dijadikan contoh (utk ditiru atau diteladani): kanak-kanak memerlukan ~ yg baik, yg boleh ditiru dlm perkembangan bahasa lisan yg baku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /modél/ 1 barang tiruan yg dibuat betul-betul spt barang yg asal tetapi lebih kecil: Inilah ~ rumah Pak Wan yg akan siap tidak lama lagi. 2 ragam atau fesyen: Keretanya ~ baru. 3 orang yg memperagakan pakaian; peragawati; peragawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata model


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
globglobeModel bumi berbentuk sfera yang boleh dipusing. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas