Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.den] | مودن

Definisi : dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~; memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya; kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~, mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata; pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pem­baruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu ber-laku di negara-negara membangun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.den] | مودن

Definisi : 1 bkn dgn yg ada sekarang atau yg baru; lw kuno (klasik): sejarah ~; hisab ~. 2 baru dan kemas kini: peralatan ~. memodenkan menjadikan moden; membaharui: ~ cara berfikir. kemodenan keadaan atau hal moden. pemodenan perbuatan atau hal memodenkan; pembaharuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moden (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan terkini, terkemas kini, terbaru, terakhir, semasa, mutakhir;,
Kata Terbitan : kemodenan, pemodenan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Inilah drama moden...Pak Pandir ModenUtusan Malaysia18.10.1979
Malapetaka zaman modenPak Pandir ModenUtusan Malaysia28.08.1986
ModenMasuri S. NBerita Minggu28.11.1965
ModenNorzahMingguan Malaysia01.08.1973
Pak Pandir Moden kehabisan modal?Pak Pandir ModenUtusan Malaysia12.02.1976
Ragam manusia moden di sana-siniPak Pandir ModenUtusan Malaysia10.07.1986
Selongkar sastera Indonesia moden [ ulasan buku Kritik Sastra Indonesia Moden karya Dr. Rachmat Djoko ]Nassury IbrahimBerita Harian20.02.2007
Tradisional, moden bertemuSiti Zaleha JorimaiUtusan Malaysia07.01.2008
Bahasa moden gugat maruah bangsaTiadaHarian Metro27.08.2007
Prosa moden: novelChe Zainon OmarUtusan Malaysia28.03.2007
12345678910...

Kembali ke atas