Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.de.ni.sa.si] | مودنيساسي

Definisi : perihal, proses, atau perbuatan memodenkan, pemodenan: para sasterawan menjadi penggerak utama dlm proses ~ bahasa Melayu di Nusantara; masyarakat yg rata-rata bersifat berpuak-puak dan agraria ini tiba-tiba mendapati dirinya berdepan dgn pembangunan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata modenisasi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
modenisasiperihal, proses, atau perbuatan memodenkan, pemodenan: para sasterawan menjadi penggerak utama dlm proses ~ bahasa Melayu di Nusantara; masyarakat yg rata-rata bersifat berpuak-puak dan agraria ini tiba-tiba mendapati dirinya berdepan dgn pembangunan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembaratanperbuatan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: pemodenan yg berasaskan tamadun Barat;ini mengakibatkan proses urbanisasi, perindustrian, modenisasi, dan ~ ke dlm sistembudaya orang Cina.Kamus Dewan Edisi Keempat
barat I1. mata angin, arah tempat matahari terbenam, lwn timur: garis khatulistiwa melintang dr timur ke ~; 2. (biasanya dlm huruf besar) a) Eropah dan benua Amerika; b) (politik dunia) Eropah Barat dan Amerika; 3. Ph, Kl; orang ~ orang Kelantan; ~-~ daya mata angin antara barat dan barat daya; ~-~ laut mata angin antara barat dan barat laut; ~ daya mata angin antara barat dan selatan; ~ daya semata selatan mata angin antara barat daya dan selatan; ~ gunung berendam barat tepat; ~ laut mata angin antara barat dan utara; ~ laut semata ~ mata angin antara barat laut dan barat; ~ tepat barat benar-benar;membaratkan menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: gerakan Pan-Islam ini mula merosot terutamanya sewaktu Mustapha Kamal Ataturk menghapuskan kesultanan Turki dan ~ negaranya;kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru (adat, cara hidup, kelakuan, dll) orang Barat, berlaku spt orang Barat: inilah yg terjadi kpd pelajar yg terlalu ~;pembaratan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: pemodenan yg berasaskan tamadun Barat; ini mengakibatkan proses urbanisasi, perindustrian, modenisasi, dan ~ ke dlm sistem budaya orang Cina.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas