Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.du.la.si] | مودولاسي

Definisi : alun (tekanan) suara, perubahan nada yg tepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata modulasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sejahtera dan selamat pagi, pada 20/01/2014 saya pernah menanyakan istilah-istilah asli dlm bahasa Melayu utk "doktor",''seminar'',''kempen'',''modulasi'',''sistem'',''proses'',''konjugasi'' dan polis. Akan tetapi ahli bahasa mengatakan tidak ada istilah dlm bahasa Melayu. Baiklah, hari ini saya sudah menjumpai semua kata padanannya yg lebih tepat dan asli akan tetapi tak digunakan oleh ahli DBP sebagai bahasa yg lebih rasmi dlm bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu asli, "doktor" disebut "pengubat" atau "tabib" atau "pawang" atau "datu", "seminar" disebut "bengkel", "kempen" disebut "gerakan", "modulasi" disebut "pengawalaturan" atau "pengaturan", "sistem" disebut "tata" atau "susunan", "process" disebut "olah", "konjugasi" disebut "tasrif" atau "taarif", dan "polis" disebut "mata-mata", "piung", "bayangkar", "ketual", "katwal" dan sebagainya. Kenapa ahli bahasa tidak memelihara dan menjaga keaslian bahasa Melayu?Istilah yang tuan kemukakan telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya. Walau bagaimanapun, tuan boleh mengemukakan cadangan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dipertimbangkan.Istilah13.02.2017
Salam sejahtera, kenapa bahasa Melayu dilihat tiada byk pilihan kata dan padanan kata yg cekap dan kreatif? Contohnya kata "modulation". Terjemahan Melayunya yg dipadankan hanyalah "modulasi", sedangkan kata itu berasal drpd bahasa Indonesia yg sebenarnya dipinjam drpd bahasa Belanda. Kata itu dilihat langsung tidak memiliki nilai keserumpunan, malah lebih anehnya, akhiran -si itu dilihat sgt tak bersifat keMalaysiaan, sepatutnya akhiran "-tion atau -sion dlm bahasa Inggeris dipadankan dgn "-sen" dgn e taling. Contoh dan buktinya itu dpt diteliti dan diperhatikan dlm perkataan "stesen" dan "losen" yg diserap dlm bahasa Melayu dan padanan kata itu bukanlah "stesyen" atau "stasi" dan bukan pula "losyen" atau "losi". Selain itu, boleh juga digunakan kata imbuhan yg memberi maksud yg sama spt imbuhan "pe -- an"; "peng -- an"; dll dlm bahasa Melayu, selain mengekalkan kata asal dgn makna yg baru, barulah kata itu kelihatan keMalaysiaan spt apa yg tercatat dlm Kamus Online DBP. Contohnya lagi, "modulation" dpt dipadankan dgn kata "modulasen" (yakni pinjaman Inggeris yg diMalaysiakan dan seharusnya berlaku dlm bahasa Melayu, bukannya "modulasi" dan bukan pula "modulasyen" atau "modulesyen"); boleh juga dipadankan dgn kata "pemodulatan" (pinjaman Inggeris yg diMelayukan); "modulat" (pinjaman Inggeris dgn kata asal, diperluaskan makna dan golongan kata); "peninggirendahan; "pindaan nada"; "pinda nada"; lunak; atau "pengaturan" (pinjaman dlm bahasa serumpun spt bahasa Indonesia).
Padanan bahasa Melayu bagi istilah modulation ialah pemodulatan, modulatan dan modulasi. Ketiga-tiga bentuk padanan istilah ini menepati kaedah pembentukan istilah bahasa Melayu. Padanan istilah tersebut bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah02.08.2022
Apa khabar, apakah perkataan dan istilah yang sesuai untuk ''doktor'' dalam bahasa Melayu, kerana perkataan dan istilah yang sesuai dalam bahasa Indonesia sudah direka dan digubal,iaitu ''pengobat''?! dan apakah perkataan atau istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu jati atau asli untuk perkataan atau istilah ''seminar'',''kempen'',''modulasi'',''sistem'',''proses'',''konjugasi'' dan polis?Untuk makluman, pangkalan data DBP tidak mempunyai maklumat tentang perkataan Melayu jati atau asli untuk perkataan yang dikemukakan. Perkataan-perkataan tersebut merupakan perkataan yang diserap daripada bahasa Inggeris dengan penyesuaian ejaan dan telah diterima dalam bahasa Melayu.Istilah20.01.2014

Kembali ke atas