Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.hor] | موهور

Definisi : cap (yg memperkenalkan sesuatu), tera, materai; ~ syarikat materai syarikat; cap ~ cap raja; cincin ~ cincin utk mematerai surat dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.hor] | موهور

Definisi : cap atau meterai utk memperkenalkan sesuatu; tera: cap ~ cap tanda kebesaran raja; cincin ~ cincin utk memeterai surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mohor
Rujuk :materai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOHOR BESAR

Mohor Besar, di United Kingdom, digunakan

untuk menandakan pengesahan raja terhadap

kebanyakan dokumen negara. Setiap raja memiliki

Mohor Besar khas, sebagai tambahan kepada

mohor privi dan meterai. Mohor diraja yang

pertama ialah Mohor Edward the Confessor. Mohor

William Si Penakluk menggambarkan raja

menunggang kuda dan bersenjata. Selepas

penaklukan England, dia menambah sebuah ‘mohor

balas’ dengan gambar penabalannya. Kemudian,

gambar raja ditabal menjadi bahagian depan mohor

dan raja di atas kuda di bahagian belakang. Lord

chancellor ialah penyimpan Mohor Besar. Apabila

seseorang raja meninggal dunia, mohor itu

dipecahkan, dan dibuat yang baru.

UMUM 
MOHOR RAJA-RAJA MELAYU BUDAYAArtifak/Mentifak
CAP MOHOR PRIVI UMUM 
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA, orang yang bertanggungjawab sebagai setiausaha kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu diwujudkan setelah termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Satu majlis yang mengandungi raja-raja Melayu yang dikenal sebagai Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan dan setiausaha kepada majlis itu dinamakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, jawatan ini dikenal sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Malaysia.

BUDAYAJawatan/Gelaran
E PLURIBUS UNUM

E Pluribus Unum ialah cogan kata dalam

bahasa Latin yang terdapat di muka hadapan

Mohor Besar Amerika Syarikat.

UMUM 
CAP

CAP, mohor untuk menurunkan bekas atau kesan tanda seperti tandatangan, nama dan sebagainya dan ditera di atas kertas, surat dan sebagainya. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindi ‘chappy’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
SOLOMON'S-SEAL

Solomon’s-seal ialah tumbuhan tahan lasak yang

tumbuh di zon sederhana di Asia dan Amerika

Utara. Beberapa tumbuhan yang berkaitan rapat

juga diberi nama yang sama. Ia mendapat namanya

daripada batang akarnya yang tebal, menjalar, yang

mengeluarkan parut ketumbuhan yang menyerupai

mohor raja Solomon yang mistik.

UMUM 
KILANG SYILING

Kilang syiling ialah tempat membuat duit

syiling. Di kebanyakan negara, hanya kerajaan

yang boleh mengeluarkan duit syiling. Di United

Kingdom, Royal Mint bertanggungjawab mereka

dan menyediakan duit syiling, mohor, pingat,

dan barang perhiasan rasmi.

UMUM 

Kembali ke atas