Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.lé/] | موليق

Definisi : (molék) cantik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dll); memolekkan menjadikan molek; kemolekan perihal molek, kecantikan, ke­elokan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.lé/] | موليق

Definisi : /molék/ cantik; elok; bagus. memolekkan menjadikan molek. kemolekan keadaan atau sifat molek; kecantikan; keelokan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
molek (adjektif)
Bersinonim dengan elok, baik, bagus, senonoh, manis, sopan, santun, halus, lemah lembut, tertib, beradab;,
Kata Terbitan : memolekkan, kemolekan,

Puisi
 

Dayang molek menggoreng telur,
     Sudah digoreng dalam kuali;
Jika malu jangan undur,
     Saya tidak mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Anak seorang,
     menantu malim.

Bermaksud :

Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
image-enhancement laserlaser molek imejKejuruteraanTiadaLaser semikonduktor yang memancarkan imej koheren pada permukaan kepingan dan menggunakan ciri-ciri ambang laser untuk menghasilkan imej yang lebih baik.
enterohepatic circulationperedaran enteroheparFarmasiFarmakologiPeredaran sebatian termasuk drug yang telah menjalani metabolisme hepar, yang dirembes ke dalam hempedu dan kemudiannya, dikeluarkan ke dalam usus kecil. Dari usus kecil, drug ini akan diserap semula ke dalam peredaran sistemik dan masuk semula ke dalam hepar bagi mengulangi proses yang sama.Peredaran enterohepar boleh meningkatkan separa hayat (t) drug. Peredaran ini boleh juga menyebabkan sebahagian molek:ul yang biasanya tidak toksik menjadi sangat hepatotoksik, sekiranya kepekatan molek:ul tersebut mencapai aras toksik.

Kembali ke atas