Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.mén] | مومين

Definisi : (momén) waktu yg sangat singkat, saat, detik, ketika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.mén] | مومين

Definisi : (momén) (Fiz) (ukuran) kecen­derungan daya utk menghasilkan gerakan berputar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.mén] | مومين

Definisi : /momén/, = momen daya ist ukuran kecenderungan daya utk menghasilkan gerakan berputar pd sesuatu jasad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata momen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
momentmomenMekanikGunaanHasil darab sesuatu kuantiti dengan jarak serenjangnya dari suatu paksi rujukan. Istilah ‘momen’ biasanya digunakan untuk membawa maksud ‘momen daya’. Jenis-jenis momen yang lain termasuklah momen luas dan momen momentum. Lihat juga momen daya, momen pertama luas, momen pertama jisim. Momentum sudut.
Varignon’s theoremteorem VarignonMekanikGunaanTeorem yang menyatakan bahawa hasil tambah momen-momen bagi daya setemu sama dengan momen bagi hasil tambah daya-daya itu. misalnya, jika daya F1 dan F2 bertindak di titik A dan F = F1 + F2, maka momen bagi daya F di sekitar sebarang titik O (yang tak sekena dengan A) adalah sama dengan hasil tambah bagi momen F1 di sekitar O dan momen F2 di sekitar O, iaitu (MF)O = (MF1)O + (MF2)O Teorem ini sering digunakan untuk menghitung momen bagi daya dengan menggunakan komponen-komponen serenjang daya itu. teorem Varignon juga dinamai prinsip momen.
moment of a couplemomen gandingMekanikGunaanMomen terjumlah yang dihasilkan oleh ganding (sistem dua daya yang sama magnitud, berlawanan hala dan tak segarisan). Momen ini merupakan suatu vektor bebas; nilainya sama untuk semua pusat momen. Momen ganding diukur dalam unit newton-meter, N.m. Kadangkala momen ganding disebut ‘ganding’ sahaja.
ferrimagnetismkeferimagnetan/ferimagnetismeGeologiTiadaKemagnetan yang momen bagi ion-ion jiran cenderung untuk menjajar secara tak selari antara satu dengan lain. Momen-momen tersebut mempunyai magnitud yang berbeza yang akan mewujudkan pemagnetan paduan.
ferrimagnetismkeferimagnetan/ferimagnetismeKejuruteraanTiadaKemagnetan yang momen bagi ion-ion jiran cenderung untuk menjajar secara tak selari antara satu dengan lain. Momen-momen tersebut mempunyai magnitud yang berbeza yang akan mewujudkan pemagnetan paduan.
ferrimagnetismkeferimagnetanFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetankemagnetan yang momen magnet bagi ion-ion jiran cenderung untuk menjajar secara tak selari antara satu dengan lain. Momen-momen tersebut mempunyai magnitud yang berbeza yang akan mewujudkan pemagnetan paduan.
bending momen diagramgambarajah momen lenturKejuruteraanKejuruteraan BangunanGambarajah yang menunjukkan perubahan momen di sepanjang rentang struktur. Ia juga menggambarkan bentuk momen lentur sama ada positif atau negatif dan kedudukan momen lentur maksimum.
hogging momentmomen meledingKejuruteraanKejuruteraan BangunanMomen lentur yang terbentuk pada setiap penyokong rasuk, tiang atau topang melalui bebanan yang selanjar dan bertindak pada arah yang berlawanan dengan momen melendut. Momen meleding dianggap negatif manakala momen melendut adalah positif.
first moment of areamomen pertama luasMekanikGunaanMomen bagi luas di sekitar sesuatu paksi. Secara matematik, momen pertama ditakrifkan oleh kamiran dA, dengan r sebagai jarak serenjang di antara paksi rujukan yang berkenaan dengan luas unsur dA. (Ungkapan r dA memberikan momen pertama luas unsur di sekitar paksi itu). momen pertama luas biasanya dirujuk pada paksi Cartesan dan, dalam kes ini, nilainya diberikan oleh sebutan òy dA bagi momen pertama di sekitar paksi-x dan sebutan òx dA bagi momen pertama di sekitar paksi-y. Dalam mekanik, momen pertama luas digunakan dalam menari sentroid bagi luas. Momen pertama diukur dalam unit m3. momen pertamalus kadangkala dinamai momen statik.
rectangular moment of inertiamomen sifatekun segi empat tepatMekanikGunaanMomen sifatekun yang diukur dari paksi-x atau paksi-y dalam sistem Cartesan. Lihat juga momen sifatekun, momen sifatekun luas.
12345678910...

Kembali ke atas