Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.mo/] | موموق

Definisi : 1. sj hantu yg disebut-sebut utk mena­kut-nakutkan kanak-kanak; 2. ki sesuatu yg ditakuti (ancaman, tipu helah, dll): agak sukar utk kita melihat ~ politik di sebalik sikap mereka itu; memomokkan 1. mendatangkan rasa takut, menakutkan, mengerikan, menggelisahkan: pihak penjajah telah ~ gerakan utk menegak-kan semula asas keturunan Melayu; 2. mem­benci, memusuhi: kaum penjajah ~ orang yg masuk politik; memomok-momokkan menimbulkan atau menyebabkan rasa takut-takut, menakut­nakutkan: hari ini juga anak bangsa terus dibuai dan dimomok-momokkan dgn kisah silam yg semakin kusam; momokan bayangan perasaan yg menghan­tui atau menakutkan: mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.mo/] | موموق

Definisi : 1 hantu yg disebut-sebut utk menakutkan kanak-kanak. 2 sesuatu yg ditakuti (spt ancaman, tipu helah). memomokkan mendatangkan rasa takut; menakutkan; mengerikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
momok
Kata Terbitan : memomokkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi Tasmanian devil?Terjemahan yang sesuai ialah momok Tasmania.Penyemakan dan penterjemahan16.11.2019
Aslm tuan, apakah padanan nama yang sesuai untuk "Tasmanian devil" dan "groundhog" dalam bahasa Melayu. Saya ada jumpa perkataan "setan/syaitan Tasmania" dan "marmot tanah" dan ingin cadangkan sebagai padanan nama untuk dua binatang tersebut.Padanan bahasa Melayu bagi istilah Tasmanian devil ialah momok Tasmania dan istilah groundhog ialah marmot. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah31.08.2023

Kembali ke atas