Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.dra.ma] | مونودراما

Definisi : karya drama yg dituliskan utk seorang pelaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monodrama


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monodramamonodramaKesusasteraanTiadaDrama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik.
monodramamonodramaKesusasteraanTiadaDrama yang dilakonkan atau dipersembahkan oleh seorang pelaku sahaja.
monodramamonodramaMuzikTiada

 Karya pentas yang hanya melibatkan satu watak sahaja, iaitu seorang penyanyi yang juga berperanan sebagai pelakon. Contohnya, Erwartung, Op. 77(1909) oleh Schoenberg.

monodramamonodramaKesenianDrama dan Teater1. Persembahan seni drama yang hanya menggunakan seorang pelakon yang berdialog di atas pentas kepada penonton. Contohnya, drama Emily of Emerald Hillkarya Chin San Sui. 2. Persembahan seni drama yang aksi dan kisahnya hanya berlaku dalam pemikiran seorang wataknya. Contoh drama monolog ialah Bukan Bunuh Diri(1979) karya Dinsman.

Kembali ke atas