Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.rél] | مونوريل

Definisi : (monorél) kereta api yg berjalan di atas rel tunggal (biasanya di aras yg tinggi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monorel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Perkhimatan monorel di ibu kota mengurangkan kesesakan lalu lintas. 2. Perkhidmatan monorel mengurangkan kesesakna lalu lintas di ibu kota. Yang manakah satu ayat adalah betul ?Ayat no.1 atau 2 ? Terima kaish.Kedua-duanya betul.Tatabahasa28.06.2010
Salam sejahtera. Ayat: Monorel, kapal terbang dan kereta api ialah ciptaan Sains. Perkataan "Sains" ditulis huruf besar atau huruf kecil? Dalam situasi ayat yang bagaimana ditulis kecil dan besar? Terima kasih.Ejaan sains ditulis dengan huruf kecil tetapi ditulis menggunakan huruf besar apabila menunjukkan nama mata pelajaran di sekolah. 

Nama mata pelajaran dianggap sebagai kata nama khas dan dieja dengan huruf besar seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.

Ejaan25.10.2013
Selaku ketua taskforce program Railway Engineering di UTHM, saya inginkan perkataan yang sesuai utk "Railway Engineering". Perbicangan dengan KTMB, Monorel, LRT, SPAD mendapati perkataan 'keretapi' tidak sesuai. Majoriti mereka mencadangkan 'rel' walaupun ada mencadangkan 'relway' dan 'tren'. Mohon cadangan balas pihak DBP. Terima kasih. Wasalam, KhalidUntuk makluman tidak ada istilah khusus untuk railway engineering dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kejuruteraan pengangkutan rel.Istilah07.07.2011
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "motorail"? Contoh ayat: There is a motorail train ahead. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "motorail". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "monorail" yang padanan bahasa Melayunya ialah monorel. Oleh itu , istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "motorail" ialah motorel.Istilah24.08.2013
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Three Car Monorail Train 2.Virtual Silent Track Monorail Train 3.Diesel Cog Locomotive 4. Flywheel Railcars 5.Shunting Vehicles 6.Articulated Railway Passenger Car Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Three Car Monorail Train – Tren Monorel Tiga Gerabak

2.Virtual Silent Track Monorail Train – Tren Monorel Trek Senyap Maya

3.Diesel Cog Locomotive – Lokomotif Roda Gigi Diesel

4. Flywheel Railcars – Relkar Roda Tenaga

 5.Shunting Vehicles – Kenderaan Pirau

6.Articulated Railway Passenger Car – Gerabak Penumpang Kereta Api Bersendi

Istilah17.05.2016
Ariy Alias Dec. 15 4:09PM assalamualaikum bolehkah admin dbp bantu saya bagaimana cara saya boleh pergi ke dbp menggunakan perkhidmatan komuter n lrt saya dari stesen komuter shah alam seksyen 19 sekian, terima kasihStesen Hang Tuah dan perlu berjalan kaki ke DBP (Sekitar 5 ke 7 minit sahaja) Atau boleh juga menggunakan Monorel - Stesen Maharajalela (Berjalan kaki ke DBP sekitar 5 ke 7 minit)Lain-lain15.12.2015

Kembali ke atas