Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.nyét] | موڽيت

Definisi : (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera; baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak); cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga (adakah ia tahu akan fa-edah) prb tiada tahu menghargai sesuatu yg elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.nyét] | موڽيت

Definisi : /monyét/ sj binatang yg hampir sama dgn kera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
monyet (kata nama)
Bersinonim dengan kera, beruk, mawas, cimpanzi, babun, gorila, orang utan, siamang, ungka, lotong, kekah, kelabat, awan, kawa, wak-wak, ketek, kunyuk.,

Puisi
 

Jika hujan berderai-derai,
     Turun monyet naik lembiding;
Tiga hari lama bercerai,
     Sobok-sobokkan sebelah dinding.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Anak monyet di hutan disusui,
     anak sendiri di rumah kekeringan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh atau tidak kata nama am untuk binatang digandakan. Contohnya burung menjadi burung-burung, gajah menjadi gajah-gajah,monyet menjadi monyet-monyet. Yang manakah ayat-ayat berikut betul? 1.Banyak monyet-monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 2. Banyak monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 3. Monyet bergayutan pada dahan pohon kayu ara itu. 4. Monyet-monyet bergayutan pada dahan kayu ara itu.Kalau banyak, boleh digandakan. Ayat 1-salah. Ayat 2,3 dan 4 betul.Tatabahasa19.08.2009
monyet-monyet yang BERGAYUTAN..apakah istilah yang sesuai bagi kelawar?Frasa yang betul ialah monyet bergayutan dan kelawar bergayutan.Makna06.05.2012
Ayat yang berikut adalah salah : Burung-burung berguguran. bagaimanakah dengan ayat-ayat yang berikut: i) bintang-bintang berkerlipan ii) bendera-bendera berkibaran iii) monyet-monyet bergayutanFrasa yang betul ialah daun berguguran, bintang berkerlipan, bendera berkibaran dan monyet bergayutan. Hal ini demikian kerana penggunaan apitan beR-...-an menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Oleh itu, kata nama yang mendahului perbuatan tidak perlu digandakan.Tatabahasa06.09.2012
Adakah Spider Monkey ialah Monyet Labah-labah?

Mengikut Ensiklopedia Umum, Spider Monkey ialah Monyet Labah-labah. Monyet labah-labah ialah monyet besar yang terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan menggunakan ekornya, malah mengambil objek dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan keempat-empat anggota dan ekornya mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini sering menggunakan lengannya untuk berayun dari dahan ke dahan.

Lain-lain27.06.2017
Selamat Pagi, Apa beza antara kera dengan monyet? Terima KasihDalam data kami, kera dan monyet mempunyai makna yang hampir sama. Tuan boleh merujuk Jabatan Veterinar untuk perbezaan dari segi fizikal kera dan monyet.Tatabahasa12.02.2014
Salam sejahtera tuan/puan, Tanya sama ada ayat dalam buku cerita yang manakah adalah betul: 1. Beri monyet makan pisang. 2. Berikan monyet makan pisang. Terima kasih.Ayat yang gramatis, berikan monyet pisang (ayat suruhan).Tatabahasa09.06.2016
apakah bunyi monyet?

Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada bunyi khusus yang boleh digelar sebagai bunyi monyet seperti mana bunyi ayam dan itik. Sila rujuk buku yang berkaitan.

Lain-lain20.01.2011
Salam sejahtera tuan. Saya faham kata nama sebelum imbuhan ber...an tidak perlu digandakan kerana ber... an bermaksud banyak. Jika perkataan yang berimbuhan ber...an yang membawa erti perbuatan yang dilakukan secara berulangan seperti berkibaran, berkerdipan, bergayutan dan sebagainya. Adakah salah sekiranya kata nama yang digunakan sebelum kata-kata tersebut digandakan? Contoh: 1. a. Bendera itu berkibaran ditiup angin. b. Bendera-bendera itu berkibaran ditiup angin. 2. a. Monyet bergayutan pada dahan pokok. b. Monyet-monyet bergayutan pada dahan pokok. 3. a. Bintang berkerdipan di langit. b. Bintang-bintang berkerdipan di langit. Adakah semua ayat di atas gramatis? Sekian, terima kasih.

Perkataan seperti berkibaran, bergayutan, berkedipan, bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran, berkejaran dan sebagainya, yakni yang diimbuhkan dengan apitan beR- ... -an membawa maksud 'perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak’. Oleh itu, perkataan sebelumnya yang berupa benda, orang dan sebagainya tidak perlu digandakan.

Tatabahasa05.08.2011
Salam. Ayat yang manakah lebih tepat? 1. Berapakah ekor monyet yang masih bergayut di atas pokok? 2. Berapa ekorkah monyet yang masih bergayut di atas pokok? 3. Berapa ekor monyetkah yang masih bergayut di atas pokok?
Ayat yang betul ialah  "Berapa ekor monyetkah yang masih bergayut di atas pokok?"
Tatabahasa14.05.2020
Apakah nama dalam Bahasa Melayu untuk spesies monyet ini: a) red-shanked douc, b) black-shanked douc, dan c) gray-shanked douc, yang terdapat di negara Vietnam.Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok monyet belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi kedua-dua istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain22.02.2024
12

Kembali ke atas