Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.nyét] | موڽيت

Definisi : (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera; baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak); cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga (adakah ia tahu akan fa-edah) prb tiada tahu menghargai sesuatu yg elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.nyét] | موڽيت

Definisi : /monyét/ sj binatang yg hampir sama dgn kera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
monyet (kata nama)
Bersinonim dengan kera, beruk, mawas, cimpanzi, babun, gorila, orang utan, siamang, ungka, lotong, kekah, kelabat, awan, kawa, wak-wak, ketek, kunyuk.,

Puisi
 

Jika hujan berderai-derai,
     Turun monyet naik lembiding;
Tiga hari lama bercerai,
     Sobok-sobokkan sebelah dinding.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Anak monyet di hutan disusui,
     anak sendiri di rumah kekeringan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monkeymonyetPertanianTiadaTiada
monkeymonyet; tukul penghentakKejuruteraanTiada1. Tukul penghentak: Alat untuk pegangan atau pelepasan tali pada pemunggahan tali secara mekanikal.,2. Laluan udara dalam lombong antrasit.
cynomolgus monkeymonyet sinomolgusVeterinarTiadaTiada
pheromoneferomonPsikologiPsikologi UmumSejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar haiwan tetapi berfungsi di luar badannya. Feromon mempengaruhi pembiakan, tingkah laku seksual, pengecaman ahli keluarga dan penetapan wilayah haiwan. Contohnya, bau kencing monyet betina boleh merangsang nafsu monyet jantan. Walau bagaimanapun, terdapat juga eksperimen yang menunjukkan bahawa keguguran boleh berlaku pada tikus betina sekiranya bertembung dengan tikus jantan yang asing padanya. Feromon dikatakan wujud pada manusia tetapi tidak sejelas haiwan. Terdapat eksperimen yang menunjukkan bahawa jika wanita duduk bersama dalam masa yang lama, kitar haid mereka akan berlaku pada masa yang sama.
monkey saddlepelana monyetMatematikTiadaTiada
free-ranging monkeymonyet lepas bebasVeterinarTiadaTiada
marmosel rat (Hapalomys longicaudatus)tikus monyet (Hapalomys longicaudatus)PertanianTiadaTiada
rhesus factor (Rh)faktor resusBiologiFisiologiAntigen di dalam darah resus monyet dan manusia yang boleh mengalami pengaglutinan dengan suatu antibodi yang dihasilkan oleh individu tanpa faktor tersebut. Faktor ini diwarisi menurut hukum Mandel.
scansorialskansorialBiologiEkologiBerkaitan dengan organisma yang hidup dengan cara memanjat, misalnya tupai dan monyet.
plasmodiumplasmodiumPerubatanTiada1. Nama umum bagi sporozoa daripada genus Plasmodium, yang menginfeksi manusia, monyet, burung, cicak dan haiwan lain. P. falcifarum merupakan spesies yang menyebabkan sejenis penyakit malaria pada manusia. 2. Jisim protoplasma yang berbilang nukleus, yang terbentuk hasil daripada penyatuan dua sel ataupun lebih.
123

Kembali ke atas