Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mor.fin] | مورفين

Definisi : sj dadah yg melalikan yg diperoleh drpd candu dan digunakan utk melegakan ke­sakitan, dan jika disalahgunakan akan meng­akibatkan ketagihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mor.fin] | مورفين

Definisi : dadah yg biasanya dlm bentuk serbuk berwarna putih yg dibuat drpd candu dan digunakan sbg ubat penahan sakit (dpt melalikan atau mengkhayalkan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata morfin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORFIN

Morfin ialah sejenis dadah yang digunakan

untuk melegakan kesakitan yang amat sangat dan

untuk mengubati beberapa masalah perubatan

yang lain. Sesetengah orang menggunakan morfin

kerana ia membuatkan mereka merasa lebih

bahagia.

UMUM 
METADON

Metadon ialah dadah yang digunakan dalam

program percubaan yang bertujuan untuk

membantu mengatasi masalah ketagihan terhadap

dadah seperti heroin, morfin atau candu.

Kebanyakan program seperti ini juga meliputi

kaunseling untuk membantu penagih mengatasi

masalah psikologi, sosial dan pekerjaan.

UMUM 
OPIAT

Opiat ialah sebarang ubat yang diperbuat

daripada candu atau yang mengandungi candu.

Candu ialah bahan seperti susu yang kering yang

diperoleh daripada kulit biji pokok popi opium

yang muda. Morfin dan kodeina ialah opiat yang

digunakan kerana ciri penyembuhannya. Ubat-

ubat ini bersifat analgesia (penahan sakit). Doktor

mempreskripsikannya terutamanya kepada orang

yang mengalami sakit teruk. Opiat digunakan juga

untuk mengawal batuk dan cirit-birit yang teruk.

UMUM 
MORPHEUS

Morpheus ialah dewa mimpi dalam mitologi

Yunani. Dia ialah salah seorang anak lelaki

Hypnos, dewa tidur. Dia menjelma sebagai

manusia dan menunjukkan dirinya kepada

manusia di dalam tidur mereka. Jika seseorang itu

“berada di dalam pelukan Morpheus”, bermakna

dia sedang tidur. Dadah morfin diberi nama

sempena namanya.

UMUM 

Kembali ke atas