Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mor.fin] | مورفين

Definisi : sj dadah yg melalikan yg diperoleh drpd candu dan digunakan utk melegakan ke­sakitan, dan jika disalahgunakan akan meng­akibatkan ketagihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mor.fin] | مورفين

Definisi : dadah yg biasanya dlm bentuk serbuk berwarna putih yg dibuat drpd candu dan digunakan sbg ubat penahan sakit (dpt melalikan atau mengkhayalkan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata morfin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metoponmetoponPerubatanTiada1. Bahagian anterior lobus frontal otak.,2. Terbitan morfin yang digunakan untuk melegakan sakit.
diaphoreticdiaforetikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan menggalakkan perpeluhan. 2. Agen yang menggalakkan perpeluhan. Penggunaan bahan seperti kafein, morfin dan alkohol boleh menggalakkan perpeluhan. Selain itu, aktiviti fisiologi seperti demam, memakan makanan berempah atau suhu persekitaran yang tinggi juga boleh menggalakkan perpeluhan.
agonist-antagonistagonis-antagonisSains KesihatanTiadaBahan kimia yang bertindak terhadap reseptor dan pada masa yang sama merencat, misalnya morfin ke atas reseptor m (meransang) dan k (merencat).
narcotic analgesicanalgesik narkotikPerubatanTiadaKumpulan ubat penahan nyeri yang terhasil secara semula jadi atau sintetik dan memberi kesan seperti morfin. Ia bertindak dengan bergabung pada reseptor opiat dalam sistem saraf. Kegunaan utama ialah untuk menahan nyeri yang kuat seperti dalam pembedahan, kecederaan atau penyakit kanser. Penggunaan yang berpanjangan menyebabkan ketagihan. Dos yang berlebihan boleh menyebabkan depresi pernafasan dan kematian. Contohnya Morphine dan Pethidine. Sinonim analgesik opioid.
illicit drugsdadah terlarangKriminologiKeadilan JenayahBahan termasuk ubat-ubatan yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, morfin, heroin, ganja dan sebagainya. Sinonim dadah berbahaya.
foil agonistagonis penuhFarmasiFarmakologiAgonis yang menghasilkan kesan yang paling maksimum dari setiap agonis yang bertindak pada reseptor yang sama. Contohnya, morfin.
mechanism of actionmekanisme tindakanFarmasiFarmakologiMekanisme sesuatu bahan aktif untuk menghasilkan kesan farmakologi ke atas organisma hidup atau sistem biokimia Suatu mekanisme tindakan selalunya merangkumi proses pengecaman reseptor oleh bahan aktif yang akanterikat pada reseptor tersebut dan seterusnya mempengaruhi tindakan biokimianya. Contohnya, mekanisme tindakan pengikatan morfin pada reseptor opioid untuk menghasilkan kesan analgesia.
placeboplaseboPsikologiPsikologi UmumBahan yang menyerupai dadah tertentu tetapi tidak mempunyai kesan kimia. Plasebo biasanya berupa pil yang bergula atau salinus, boleh memberi kesan sekiranya individu berkenaan percaya bahawa bahan tersebut boleh membawa kesan. Contohnya, air garam yang disuntik kepada pesakit dalam satu eksperimen didapati mengurangkan kesakitan seperti penggunaan morfin. Plasebo didapati mempengaruhi kesakitan, kebimbangan, kemurungan, kewaspadaan, ketegangan dan kebangkitan nafsu seksual.
buprenorphinebuprenorfinaKimiaForensikNama dagang, Buprenex. Analgesik opioid yang juga merupakan antagonis dan digunakan dalam rawatan sakit sederhana hingga teruk, termasuk untuk melegakan sakit sebelum dan semasa pembedahan. Buprenorfina diambil sebagai tablet yang perlu dilarutkan di bawah lidah atau sebagai suntikan dan merupakan 25 - 40 kali lebih poten sebagai analgesik berbanding morfin.

Kembali ke atas