Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.ti.va.si] | موتيۏاسي

Definisi : 1. keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan: sikap dan ~ terhadap pembelajaran sesuatu bahasa me-rupakan faktor penting yg menentukan ke-jayaan seseorang pelajar yg mempelajari sesuatu bahasa; 2. sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melaku­kan sesuatu dgn penuh minat: dlm temu duga juga, kaunselor dikehendaki memberikan ~ supaya klien bekerjasama dengannya; bermotivasi mempunyai motivasi, ada moti­vasinya: kebanyakan remaja begitu ~ utk mengikuti latihan; memotivasikan memberikan dorongan, galakan, semangat, dsb utk melakukan se­suatu, mendorongkan, membangkitkan, meng­galakkan: setiap orang mestilah ada ran-cangan utk ~ diri sendiri demi kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~ para pekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
motivasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan dorongan, galakan, rangsangan, insentif, semangat, inspirasi.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
motivationmotivasiPsikologiPsikologi UmumProses dinamik dalaman yang memulakan, mengekalkan dan mengarahkan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang bermotivasi biasanya bermula dengan keperluan atau kekurangan dalaman. Keadaan ini akan menimbulkan dorongan yang menggerakkan sesuatu langkah atau siri tindakan untuk mencapai matlamat. Individu akan merasa puas apabila sesuatu matlamat telah tercapai. Terdapat tiga jenis motivasi, iaitu motivasi primer, motivasi stimulus dan motivasi sekunder. Motivasi primer adalah berdasarkan kepada keperluan biologi yang perlu dipenuhi untuk kemandirian. Contohnya, seorang yang lapar atau dahaga didorong oleh motivasi primer. Demikian juga keperluan kepada udara, tidur, perkumuhan, pembuangan najis, pengaturan suhu badan dan mengelakkan rangsangan aversif yang didorong oleh motivasi ini. Motivasi stimulus bergantung pada keperluan untuk mendapatkan rangsangan dan maklumat seperti ingin tahu, penjelajahan, manipulasi dan sentuhan fizikal. Motivasi sekunder pula merupakan keperluan yang dipelajari seperti keperluan untuk membina laman web, mencipta muzik atau bermain golf. Kebanyakan motivasi ini dikaitkan dengan keperluan kepada pengiktirafan, kuasa, jaminan keselamatan dan pencapaian.
work motivationmotivasi kerjaPentadbiranPentadbiran Awam

Dorongan oleh majikan terhadap pekerja untuk melaksanakan tugas serta peranan masing-masing dengan cemerlang dan sempurna. Bentuk dorongan dapat dibahagikan kepada dua cara, iaitu motivasi kerja yang positif dan negatif. Motivasi positif banyak bergantung kepada suasana kerja yang kondusif, hubungan baik yang dijalinkan oleh majikan dengan kakitangan bawahan, sistem ganjaran dan pampasan yang adil, kefahaman kakitangan terhadap kerja yang tinggi dan jelas, kebajikan dan jaminan keselamatan di tempat kerja dan sebagainya. Manakala motivasi negatif lahir daripada ketidakadilan yang berlaku di tempat kerja, misalnya upah dan gaji yang dibayar adalah tidak seimbang dengan khidmat yang diberikan, kekurangan infrastruktur, ancaman di tempat kerja, risiko kemalangan dan sebagainya. Motivasi kerja merupakan konsep penting dalam pengurusan organisasi, sama ada sektor swasta atau awam kerana boleh mempengaruhi kadar produktiviti, kualiti dan imej organisasi.

extrinsic motivationmotivasi ekstrinsikPsikologiPsikologi UmumMotivasi yang mendorong individu melakukan aktiviti sama ada matlamatnya jelas atau tidak, tetapi bukan muncul daripada desakan dalaman. Ramai individu terdorong untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran luaran seperti wang atau pangkat. Hal ini bermakna tingkah laku yang didorong oleh motivasi ini biasanya bergantung pada kehadiran motif luaran tersebut. Sekiranya motif luaran ini tidak diberikan, maka tingkah laku tersebut akan berhenti atau tidak diperlihatkan.
achievement motivationmotivasi pencapaianPentadbiran PerniagaanTiadaSatu bentuk teori motivasi yang dimajukan oleh David Mc Clelland yang mencadangkan bahawa individu didorong oleh beberapa tahap keinginan untuk mencapai kejayaan.
motivationmotivasiKesenianDrama dan TeaterJustifikasi terhadap aksi sesuatu watak dalam plot berikutan sebab yang meyakinkan dan mendorong ke arah berlakunya sesuatu tindakan. Motivasi biasanya mengandungi kombinasi antara unsur psikologi dengan peristiwa luaran. Sinonimrangsangan.
standard deviationsisihan piawaiPsikologiPsikologi UmumUkuran variasi yang boleh memperlihatkan jumlah variasi dalam kalangan skor. Contohnya, jika skor daripada kajian psikologi tentang motivasi tidak berhimpun dekat dengan min, maka sisihan piawainya besar. Begitu juga jika skor sisihan piawai kecil, maka skor motivasi kajian tersebut tidaklah terlalu berbeza antara satu sama lain.
motivationmotivasiPendidikanTiada

 Faktor dalaman dan luaran yang menggerakkan seseorang untuk membuat sesuatu tindakan bagi mencapai matlamat.

motivationdorongan/motivasiKesusasteraanTiadaJustifikasi aksi sesuatu watak dalam plot berikutan dengan sebab yang meyakinkan dan mendorong ke arah berlakunya sesuatu aksi, lebih merupakan kombinasi beberapa situasi yang merangsang lahirnya suatu situasi aksi watak dalam sesebuah karya.
motivationdorongan/motivasiPendidikanTiadaTiada
group motivationmotivasi kelompokPendidikanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas