Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
motivasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan dorongan, galakan, rangsangan, insentif, semangat, inspirasi.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan dengan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih Atau 2. Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih. Ayat 1 atau ayat 2 yang betul.

Ayat yang betul ialah “Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan kepada tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 495.

Tatabahasa05.03.2024
Sala sejahtera, 1. Cadangan Jadual Kem Motivasi 2. Jadual Cadangan Kem Motivasi 3. Jadual Kem Motivasi Cadangan Yang manakah betul dan tepat ? Terima kasih.Untuk makluman, yang paling tepat ialah Cadangan Jadual Kem MotivasiLain-lain29.03.2017
Tuan di talian, Ayat manakah yang betul bagi ayat contoh di bawah. 1. Murid-murid tekun mendengar ceramah motivasi itu. atau 2. Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun.Ayat yang gramatis ialah Murid-murid mendengar ceramah motivasi itu dengan tekun.Tatabahasa07.06.2012
Adakah pernyataan di bawah betul ? 1. Pertandingan Bercerita Kanak-kanak 2. Pertandingan Mendeklamsi Sajak 3. Perrtandingan Mengarang Esei 4. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 5. Kolokium Meningkatkan Motivasi

Frasa/ungkapan yang diberikan adalah betul.

Tatabahasa06.04.2011
MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH DALAM BAHASA MALAYSIA:- 1) SELF-DETERMINED MOTIVATION 2) HEALTHIER EATING BEHAVIORSTerjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pernah dicadangkan dalam Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan self-determined diterjemahkan kepada penentuan kendiri. Oleh itu, kami mencadangkan frasa self-determined motivation diterjemahkan kepada motivasi penentuan kendiri. Manakala perkataan healthier eating behaviour diterjemahkan kepada tabiat pemakanan yang lebih sihat jika bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan17.05.2013
Assalamualaikum.. 1) Adakah "usaha tangga kejayaan" termasuk dalam kumpulan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah? Setakat pengetahuan saya, slogan tersebut termasuk dalam kata-kata hikmat..Minta pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih
"Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah. Frasa ini merupakan kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang atau kata-kata motivasi yang mempunyai makna di sebaliknya.
1">
Lain-lain16.08.2017
Assalamualaikum.. 1) Adakah "usaha tangga kejayaan" termasuk dalam kumpulan peribadi, bidalan, perumpamaan atau pepatah? Setakat pengetahuan saya, slogan tersebut termasuk dalam kata-kata hikmat..Minta pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih
"Usaha tangga kejayaan" bukan termasuk dalam golongan peribahasa, bidalan, perumpamaan atau pepatah. Frasa ini merupakan kata-kata slogan atau moto atau kata-kata perangsang atau kata-kata motivasi yang mempunyai makna di sebaliknya. 1">
Lain-lain16.08.2017
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini.

1.   Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak.

Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik).

2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain.

Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru.

sekian

 

Lain-lain24.05.2010
Salam sejahtera. Terima kasih atas maklumbalas anda. Berikut saya lampirkan definisi operasi/contoh penggunaan perkataan-perkataan yang ingin diterjemahkan. Terima kasih.

Cadangan terjemahan yang boleh digunakan dan disesuaikan mengikut konteks ayat seperti yang berikut:

1. objective authenticity = kesahihan/keaslian objektif
2. constructive authenticity = kesahihan/keaslian membina
3. existensial authenticity= kesahihan/keaslian kewujudan
4. food authencitity = kesahihan/keaslian makanan
5. place attachment= emosi setempat
*Place attachment is sometimes used interchangeably with “sense of place” - a personal identification with a location or landscape on an emotional level as an individual or as a member of a community.7,8 Place attachment is a “person-place bond that evolves from specifiable conditions of place and characteristics of people.”9

6. intention to recommend = Mengesyorkan
7. cultural motivation =dorongan/motivasi kebudayaan
8. stimulus-organism-repsonse model = model tindak balas Ransangan/Dorongan Organisma
9. underpinning model = model sokong bawah
10. mediating role = peranan perantara
11. moderating role = peranan sederhana
12. controls variable = pemboleh ubah kawalan

Penyemakan dan penterjemahan19.06.2019
Bagaimana ingin membantu murid sekolah rendah (yang tidak tahu membaca) supaya dapat membaca dengan lebih baik lagi selain daripada program pemulihan?

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Di bawah merupakan hasil carian menggunakan KAWAT DBP. Diiharap buku-buku rujukan tersebut dapat menyelesaikan persoalan saudara.

1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="DataGrid1" bordercolor="#e7e7ff">
 JUDULPENGARANGPENERBITTAHUN TERBITNO KELAS 
Mengajar Membaca - Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca1&Kata=Yahya Othman">Yahya Othman  2004428.407 YahTerperinci
Motivasi dan Kaedah Membaca1&Kata=Zaini Ujang">Zaini UjangNurin Enterprise1993175.8 ZaiTerperinci
Pembangunan perisian kaedah membaca bermultimedia1&Kata=Amran Joned">Amran JonedUKM Bangi2002TE 005.1 AmrTerperinci

 

Lain-lain13.04.2009

Kembali ke atas