Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.to] | موتو

Definisi : kata semboyan, cogan kata; bermotokan mempunyai (menggunakan) se­suatu sbg moto: keluaran sulungnya yg ~ kebudayaan dan pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
moto (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan cogan kata, kata semboyan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, moto Selamat Datang Ke Khidmat Nasihat Dewan Bahasa & Pustaka, kenapa Ke, 'K' huruf besar? Bukankah 'ke' adalah kata sendi dan tidak perlu haruf besar?Ke ialah kata sendi dan seharusnya dieja dengan huruf kecil. maaf atas kesilapan yang berlaku. Terima kasih atas teguran.Tatabahasa13.11.2007
Apakah moto Dewan Bahasa dan Pustaka ?Moto DBP ialah "Bahasa Jiwa Bangsa".Lain-lain07.06.2010
Saya nak buat satu moto surau, adakah betul "JEMAAH TEGUH, SAHSIAH UTUH"moto yang hendak digunakan adalah betul.Makna07.02.2019
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajarMoto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan  semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar,  Tatabahasa27.03.2008
Mana yang lebih tepat moto ini: 1. Menerajui Integriti Memasti Kualiti, atau 2. Menerajui Integriti Memastikan Kualiti. Terima Kasih.Moto yang betul ialah 2. Menerajui Integriti Memastikan KualitiTatabahasa31.12.2012
Maksud mahasiswa holistik, peneraju transfomasi paradigma

Semakan kami, moto “Mahasiswa Holistik, Peneraju Transformasi Paradigma” merupakan moto yang digunakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Perak.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1379, 782, 2336, 2402 dan 1617, definisi setiap perkataan adalah seperti yang berikut:

Mahasiswa – pelajar atau penuntut di universiti.

Holistik – bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.

Peneraju – orang atau pihak yang menerajui.

Transformasi – perubahan bentuk, rupa, sifat, keadaan dan sebagainya sesuatu sistem, pentadbiran dan sebagainya.

Paradigma – lingkungan atau batasan pemikiran seseorang atau sesuatu pihak pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada.

Sehubungan dengan itu, moto tersebut bermaksud menggalakkan mahasiswa berfikir di luar kotak serta menyeluruh dari semua aspek. Pemikiran sebegitu mampu menghasilkan mahasiswa yang kreatif dan kritis serta mampu mencipta idea baharu dan tidak terkongkong dengan pemikiran yang lama. Namun, maksud ini bergantung kepada kesesuaian penerapan moto ini di sesebuah institusi.

Makna25.01.2024
Saya mempunyai satu kemusykilan berkaitan dengan moto sekolah di tempat saya mengajar iaitu PERJUANGAN NON ZERO. Saya dapati wujud percampuran bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Adakah percampuran bahasa ini dibenarkan atau menjadi kesalahan yang perlu diperbetulkan. Apakah pandangan pihak tuan berkenaan hal ini ?Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan mempunyai impak yang sangat besar kepada pelajar dan masyarakat. Sekolah dari segala aspek perlulah sentiasa dalam keadaan baik (dan betul) seperti bilik darjah, persekitaran dan juga segala sesuatu yang dikaitkan dengan citra sekolah termasuklah moto sekolah. Penggunaan bahasa bercampur harus dielakkan dalam memaparkan citra sekolah. Banyak perkataan lain yang boleh kita gantikan dengan perkataan non zero dalam ungkapan "Perjuangan Non Zero". Lazimnya elemen yang dikaitkan dengan perjuangan ini ialah sesuatu yang hebat dan mengesankan seperti "perjuangan tiada berpenghujung".Tatabahasa27.01.2014
Huraian bagi perkataan "MOTO"juga bermaksud cogan kata yang sering digunakan dalam sesebuah organisasi atau syarikat.Tatabahasa23.10.2007
Mohon penjelasan mengenai perkataan KOLABORASI, 1. apakah maksud perkataan ini sudah dikemaskini oleh DBP memandangkan ramai individu dan organisasi menggunakan perkataan KOLABORASI seerti dengan KERJASAMA YANG BAIK walaupun maksud dalam Kamus Dewan sebaliknya. 2. moto " Budaya KOLABORASI Penentu Kecemerlangan" telah digunakan oleh sebuah organisasi kerajaan. Betulkah penggunaan perkataan KOLABORASI pada moto ini sekian, terima kasihDalam bidang Sains Politik dan Pentadbiran Perniagaan, istilah kolaborasi digunakan bagi mengungkapkan maksud kerjasama. Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana dan diungkapkan sebagai kolaborasi.Tatabahasa27.05.2014
Mohon pandangan kesesuaian ayat untuk MOTO sambutan ulangtahun majlis perbandaran selayang. 1. 20 Tahun MPS - Membina kesejahteraan 2. 20 Tahun MPS - Pemangkin pembangunan 3. 20 Tahun MPS - Menerus kecemerlangan 4. 20 Tahun MPS - Merentas zaman 5. 20 Tahun MPS - Berkhidmat utk semua 6. 20 Tahun MPS - Memaju, Membangun, Mensejahtera Terima Kasih.Pada pandangan kami, pihak tuan harus menentukan dahulu slogan yang hendak digunakan dan pihak kami akan menyemak ketepatan penggunaan bahasa dalam slogan tersebut. Hal ini kerana pihak tuan lebih tahu, perkara yang hendak diketengahkan. Jika perkara perkhidmatan yang hendak ditumpukan, slogan "20 Tahun MPS, Berkhidmat untuk Semua" boleh digunakan.
Tatabahasa13.04.2017
123

Kembali ke atas