Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.to] | موتو

Definisi : kata semboyan, cogan kata; bermotokan mempunyai (menggunakan) se­suatu sbg moto: keluaran sulungnya yg ~ kebudayaan dan pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
moto (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan cogan kata, kata semboyan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWAN SISWADEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto “Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah”. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang.SASTERAPenerbitan
MASTIKA

MASTIKA, majalah umum terbitan Utusan Melayu (M) Berhad.  Mastika keluaran pertama diterbitkan pada 1 Jun 1941.  Moto majalah ini ialah “Majalah Bulanan mengandungi makalah adabiah, ilmu pengetahuan, tarikh dan cerita rekaan.”  Moto ini diletakkan di bawah tajuk Mastika.  Majalah ini berukuran 27 cm x 19 cm, mengandungi 76 halaman dan bertulisan Jawi.  Harga senaskhah ialah 50 sen.

SASTERAPenerbitan
CARPE DIEM

Carpe Diem. Moto ini berasal daripada perkataan Latin bermaksud “hargailah hari ini”.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
UTUSAN PEMUDA

UTUSAN PEMUDA, akhbar mingguan yang mula diterbitkan pada 15 Oktober 1960.  Akhbar yang berharga 15 sen ini bertulisan Rumi dan menggunakan moto “Mingguan Kebangsaan yang Tulen” dan “Pemuda Harapan Bangsa”.  Penerbit dan pencetaknya ialah Utusan Melayu Press Ltd., Kuala Lumpur dan pengurusnya ialah Tengku Hassan Abdul Mutalib.

SASTERAPenerbitan
SAUDARA

SAUDARA, akhbar tulisan Jawi. Akhbar ini mula diterbitkan pada 29 September 1928 di Pulau Pinang.  Mulai tahun 1936, akhbar ini diterbitkan pada hari Rabu dan Sabtu.  Moto akhbar ini ialah “Warta Am, Pelajaran-Pengetahuan, Perkhabaran”.  Pada bahagian atas akhbar ini ditulis “Majulah Ke hadapan  Wahai Saudara.”

SASTERAPenerbitan
LINGKUNGAN BULAN

LINGKUNGAN BULAN, akhbar mingguan. Akhbar ini diterbitkan pada 30 April 1900 di Pulau Pinang. Pengarang akhbar ini ialah Mohd Ali bin Harun al-Kindi. Akhbar yang diterbitkan pada setiap hari Isnin ini dalam huruf Jawi dan dicap batu. Akhbar ini mempunyai empat halaman dan berukuran 29 cm lebar dan panjangnya 48 cm. Moto akhbar ini ialah ‘Berseteru olehmu dengan orang yang berakal dan jangan bersubahat dengan orang yang jahil’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
PELITA MALAYA

PELITA MALAYA,  akhbar harian.  Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu.  Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946.  akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya.  ‘Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa’.  Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah.  Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas