Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.tor] | موتور

Definisi : 1. alat yg menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal utk menghasilkan gerakan; ~ sangkut = ~ tempel Id enjin yg dilekatkan di buritan perahu (utk menggerak­kan perahu); 2. bp (sesuatu) yg dijalankan dgn motor; perahu ~ motobot; sepeda ~ Id motosikal; 3. Id motokar, kereta; bermotor 1. Id menaiki motokar atau moto­sikal; 2. dilengkapi motor, memakai motor: basikal ~; permotoran hal (kegiatan, sukan dsb) yg berkaitan dgn kenderaan bermotor: kegiatan di litar itu akan ditingkatkan dgn pelbagai bentuk sukan ~ spt perlumbaan go-kart dan kereta; kemajuan Proton yg menjadi pe-mangkin industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.tor] | موتور

Definisi : 1 mesin yg dpt mengeluarkan tenaga utk menggerakkan sesuatu. 2 sesuatu yg dijalankan dgn motor 1: perahu ~ motobot. bermotor dilengkapi motor; ada motornya. permotoran hal, kegiatan dsb yg berkaitan dgn kenderaan bermotor: Kemajuan Proton menjadi pemangkin industri ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata motor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compound motormotor majmukTeknikElektrikMotor arus terus yang mempunyai ciri motor siri dan motor pirau. Ada dua jenis motor majmuk, iaitu motor majmuk bertokok dan motor majmuk kebezaan.
repulsion induction motormotor aruhan tolakanTeknikElektrikMotor a.u. satu fasa yang pada mulanya akan digerakkan sebagai motor tolakan, dan kemudian akan berputar terus pada kelajuan biasa motor itu sebagai motor aruhan. Motor ini mempunyai dua belitan pemutar, iaitu belitan yang berakhir di penukar tertib untuk menjadi motor tolakan, dan di palang-palang pengalir untuk menjadi pemutar sangkar tupai motor aruhan setelah motor dihidupkan. Berus karbon akan diangkat apabila motor ini berputar sebagai motor aruhan.
single phase motormotor satu fasaTeknikElektrikMotor yang direka untuk dikendalikan oleh arus ulang-alik satu fasa. Biasanya motor ini mempunyai kadar kuasa yang kurang daripada 1 kW. Motor jenis ini terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu motor aruhan, motor tolakan, motor segerak, dan motor semesta.
synchronous motormotor segerakTeknikElektrikMotor a.u. tiga fasa atau satu fasa yang kelajuan pemutarnya sama dengan kelajuan putaran medan magnet di pemegun. Kelajuan motor ini berkadar terus dengan frekuensi bekalan dan bilangan kutub mesin tersebut. Motor ini boleh digunakan untuk beban lebih atau beban penuh. Di samping tugasnya sebagai motor, motor segerak juga boleh membaiki faktor kuasa bekalan iaitu dengan mengawal voltan ujaan arus terus ke motor tersebut. Motor segerak boleh digunakan .sebagai motor pengepam dan motor pemampat.
direct-current motormotor arus terusTeknikElektrikMotor yang menggunakan bekalan arus terus untuk kendaliannya. Misalnya, motor siri, motor pirau, dan motor majmuk.
induction motormotor aruhanTeknikElektrikMotor arus ulang-alik yang berputar berdasarkan prinsip aruhan. Motor ini mempunyai dua bahagian utama, iaitu pemegun dan pemutar. Pemegun motor ini sama seperti motor segerak atau pengulang-alik. Ada dua jenis pemutar bagi motor ini, iaitu pemutar sangkar tupai untuk motor aruhan sangkar tupai, dan pemutar belitan fasa untuk motor tolakan dan motor segerak.
regenerative brakingpembrekan jana semulaKejuruteraanTiadaKaedah pembrekan bagi motor-motor elektrik apabila motor dioperasi sebagai penjana oleh momentum peralatan yang dibrek, dan mengembalikan tenaga kepada bekalan.
three-phase motormotor tiga fasaTeknikElektrikMotor yang hanya dikendalikan dengan bekalan tiga fasa. Ada pelbagai jenis motor tiga fasa termasuk motor aruhan dan motor segerak.
shunt wound motormotor belitan pirauTeknikElektrikMotor arus terus yang belitan medannya disambung selari dengan bekalan motor tersebut. Motor ini mempunyai kelajuan yang hampir malar pada sebarang beban. Kawalan kelajuan yang hampir malar pada sebarang beban. Kawalan kelajuan motor ini mudah dilakukan.
lower motor neuronneuron motor bawahVeterinarPraklinikalSaraf motor sepunya terakhir. Neuron motor bawah terdiri daripada sel tanduk ventral korda spina dan neuron motor periferi. Neuron motor bawah membekalkan impuls saraf daripada neuron motor atas ke otot rangka.
12345678910...

Kembali ke atas