Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata motor 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layangMakna01.04.2014
1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari/daripada kawasan sekolah. 2) Dia turun dari/daripada motor dan mendapatkan kawannya. 3) "Apa kamu buat pada/kepada dia?" 4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari/daripada pejabat. 5) "Saya dari/daripada sekolah khas." 6) Adrul segera keluar dari/daripada bilik air.

Berikut ialah jawapan bagi soalan saudara:

1) Selepas itu, mereka bertiga diiring keluar dari kawasan sekolah.

2) Dia turun dari motor dan mendapatkan kawannya.

3) "Apa kamu buat pada dia?"

4) Namun, Adrul terlebih dahulu keluar dari pejabat.

5) "Saya dari sekolah khas."

6) Adrul segera keluar dari bilik air.

Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.

Tatabahasa14.11.2011
apakah maksud ditala?Kata terbitan 'ditala' ialah daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar.  Tala juga membawa maksud:
tala II : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam.
tala III: menala memukul dgn tangan ter­genggam.
tala IV: hala, arah.
Makna12.12.2012
salam... ap itu "menalakan''? betul ke ejaan "kompelin''?Kata terbitan yang betul ialah menalak, daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Komplein hanya digunakan dalam bahasa percakapan, perkataan yang baku ialah aduan.Makna30.05.2011
Papan iklan
Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila buat permohona secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

1. Daftar Akaun dan Aktifkan Akaun
2. Log masuk dan pilih Daftar Iklan
3. Isikan Maklumat Iklan, muat naik visual iklan, klik Simpan dan buat bayaran

Sila rujuk Panduan Pelanggan dan video tatacara permohonan yang disertakan pada laman web.

Sebelum menghantar permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila kemas kini visual iklan tuan terlebih dahulu. Pembetulan yang perlu dibuat adalah seperti yang berikut:

1. Betulkan ejaan Jawi:  کداي اکسيسوري موتوسيکل

2. Sila gunakan nama yang berdaftar dengan SSM sebagai nama kedai, iaitu SPEED 9 MOTOR PARTS. Sekiranya nama lain hendak digunakan, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau buat dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris).





Lain-lain26.08.2022

Kembali ke atas