Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.to.si.kal] | موتوسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua yg di­jalankan dgn enjin; bermotosikal menunggang atau menaiki motosikal: dia ditembak oleh penyerang yg ~ di luar kedai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.to.si.kal] | موتوسيکل

Definisi : kenderaan yg beroda dua dan dijalankan oleh motor. bermotosikal menunggang atau menaiki motosikal: Dia bersiar-siar dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata motosikal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOTOSIKAL

Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah

kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa

enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah

antara roda depan dan roda belakang. Motosikal

mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat

daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas

penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia

menggunakan motosikal sebagai pengangkutan

atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan

rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan

motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal

trafik kerana kenderaan tersebut boleh

dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu

lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan

bomba menggunakan motosikal untuk membawa

kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di

bandar-bandar besar di United Kingdom dan di

tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk

menghantar dokumen dan bungkusan kecil.

UMUM 
SURTEES, JOHN

Surtees, John (1934– ), pelumba motosikal dan

pelumba kereta British, juara dunia bagi motosikal

500 cc pada tahun 1956, 1958, 1959 dan tahun 1960.

Dia juga menyandang kejuaraan dunia untuk

motosikal 350 cc pada tahun 1958, 1959 dan tahun

1960. Pada akhir tahun 1960, dia bersara daripada

perlumbaan motosikal dan bergiat pula dalam lumba

kereta. Dia memenangi gelaran juara lumba kereta

dunia pada tahun 1964. Dia mereka bentuk dan

membina kereta lumbanya sendiri pada tahun 1970.

Surtees lahir di Tatsfield, Surrey, England.

UMUM 
MAGNETO

Magneto ialah janakuasa elektrik yang

menyediakan pencucuhan percikan api dalam

sesetengah enjin pembakaran dalaman.

Pencucuhan Magneto digunakan dalam mesin

rumput dan dalam kebanyakan kapal terbang dan

motosikal. Magneto beroperasi berdasarkan dua

prinsip asas: (1) Gerakan konduktor dalam medan

magnet mengeluarkan arus elektrik dalam

konduktor, dan (2) Gangguan mengejut aliran arus

dalam konduktor dapat mencetuskan (menjanakan)

voltan yang tinggi.

UMUM 
TAYAR

Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah

roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah

yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan

pneumatik (diisikan dengan udara mampat) . Ia

digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta,

jentera melombong, motosikal, kenderaan

rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam

kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat

daripada getah padat, seperti yang digunakan pada

kereta sorong.

UMUM 
PASUKAN POLIS BERKUDA DIRAJA KANADA

Pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada

(RCMP) ialah sebuah jabatan penguat kuasa

undang-undang di Kanada. Kemasyhuran Pasukan

Polis Berkuda ini telah tersebar ke seluruh pelosok

dunia semenjak ditubuhkan pada tahun 1873. Kini,

pasukan tersebut menunggang motosikal dan tidak

lagi menunggang kuda. Namun, masih banyak lagi

buku-buku dan filem yang memperkatakan tentang

pasukan polis berkuda ini. Lencana pasukan Polis

Berkuda Diraja Kanada ini memaparkan cogan kata

organisasi tersebut iaitu, Maintiens le droit

(Pertahankan yang benar).

UMUM 

Kembali ke atas