Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.yang] | مويڠ

Definisi : bapa atau ibu kpd datuk, nenek kpd bapa atau ibu; adat nenek ~ adat istiadat yg turun-temurun; nenek ~ datuk-datuk sebelum kita, leluhur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.yang] | مويڠ

Definisi : bapa atau ibu kpd datuk: nenek ~ datuk-datuk sebelum kita; adat nenek ~ adat istiadat yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moyang (kata nama)
Bersinonim dengan moyanganda, poyang, kumpi.,


Pantun

PantunSumberTema
Duanya batang keladi moyang, Tiganya urat batang saga; Kita senenek serta semoyang, Kita seadat dan selembaga.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ketuku batang ketakal, Tiga batang keladi moyang; Sesuku dengan seasal, Senenek dengan semoyang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ketuku batang ketakal, Duanya batang keladi moyang; Kita sesuku serta seasal, Kita senenek serta semoyang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pipit murai terbang bertiga, Samudera luas tidak terkira; Cicit moyang tetap berbangga, Negara kita aman sejahtera.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa

Kembali ke atas